Saturday, August 06, 2011

Berilah ruang kepada pelajar Unisel berdemo ?

Bagi sebuah negeri yang bercakap dan beramal dengan demokrasi, kerajaan negeri kena memberi dan menerima demo yang dibuat oleh segelintir pelajar Unisel.

Mereka mahukan rombakan ajk senat Unisel, macam benar sahaja pemergian Dr Rosti dan mereka nampak macam selesa dengan apa yang berlaku.

Tetapi mana-mana pun dunia dan tempat ada sebahagian yang akan membangkang itu lumrah dan biasa dalam hidup dan kehidupan.

Kita minta kerajaan Selangor negeri Pakatan jangan menutup ruang kepada para pelajar ini. Kebenaran tetap kebenaran. Demo dan demokrasi adalah ruang yang ada bagi mereka mahu menyatakan pandangan dan sikap mereka.

Kebenaran hanya dapat dinilai dengan akal yang waras serta bertunjangkan ilmu Allah. Kebenaran tetap kebenaran, kesalahan salahguna kuasa akan terjelma jua.

Pelajar Unisel desak rombakan AJK Senat


SEKUMPULAN pelajar Unisel membuat demonstrasi aman di hadapan universiti tersebut mendesak rombakan AJK senat dilakukan segera di Kuala Selangor semalam.


KUALA SELANGOR - Pelajar Universiti Selangor (Unisel) melalui Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) mendesak Menteri Besar merombak semula ahli jawatankuasa senat Unisel bagi memastikan pengurusan tertinggi universiti itu bebas daripada campur tangan politik.

Desakan itu merupakan satu daripada lima tuntutan yang dikemukakan oleh Aksi ekoran kemelut pentadbiran Unisel sehingga membawa kepada peletakan jawatan Naib Canselornya (NC), Datuk Dr. Rosti Saruwono, Rabu lalu.

Ketua Umum Aksi, Muhammed Shahimi Ariffin berkata, tindakan itu harus dilakukan Lembaga Pengarah Unisel termasuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi supaya tidak lagi melanjutkan kontrak empat ahli jawatankuasa senat universiti.

Mereka ialah Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik, Prof. Dr. Anuar Ahmad; TNC Perancangan Strategik dan Pembangunan, Prof. Dr. Ir. Mohamad Daud dan TNC Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Zainal Abidin Kidam, masing-masing akan tamat kontrak, Disember ini.

Turut dicadangkan agar tidak dilanjutkan kontrak ialah Naib Presiden Perkhidmatan Pengurusan Unisel, Datuk Latifah Hassan yang sudah tamat pada 1 Ogos lalu.

"Kami dapati kemelut pentadbiran dan campur tangan politik ini bermula pada tahun 2009 iaitu selepas Datuk Dr. Rosti dilantik menjadi NC," katanya ketika ditemui di sini semalam

No comments: