Friday, August 05, 2011

Pendaftaran PATI nampak macam berjaya ?

Satu Usaha satu Permulaan yang berjaya dan halal, bilamana seramai 1/3 juta pati berjaya didaftarkan dengan kerajaan Malaysia. Jumlah ini insyallah dijamin akan mendapat MyKad berwarna biru.

Kita percaya Umno dan Kerajaan Umno membujur lalu melintang pantah, Putrajaya diikrarkan akan dipertahankan sehingga ke titisan darah terakhir. Bunyi hebat macam akan berlaku tumpah darah jika berlaku peralihan dan perubahan kuasa daripada Umno kepada pihak lain.

Tapi apa pun kerajaan bertunjangkan rakyat akhirnya akan menang, kebenaran lambat akan terserlah jua walaupun mengambil masa atau memakan masa, Allah akan bertanya terhadap usaha - usaha kita, bukan Allah bertanya itu berjaya atau tidak berjaya, tetapi sudahkah kita laksanakan atau lakukan sesuatu terhadap sesuatu perkara yang diarahkan kepada kita.




245,376 PATI Didaftar

PUTRAJAYA: Seramai 245,376 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah didaftar sehingga tengah hari hari ini sejak hari pertama pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) bermula Isnin lepas.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim berkata dalam satu kenyataan pada Jumaat bahawa pendaftaran dibuat melalui 197 pejabat Imigresen dan 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan oleh 336 syarikat pengurus.

Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Selangor mencatatkan bilangan pendaftaran paling tinggi dengan 79,855 orang, diikuti Kuala Lumpur (54,041), Johor (31,060), Pulau Pinang (18,278), Perak (13,358), Pahang (12,218), Putrajaya (11,641), Negeri Sembilan (9,146), Kedah (7,738), Melaka (3,981), Kelantan (1,690), Terengganu (1,557), Perlis (648) dan Labuan (255).

Mengenai aduan syarikat pengurus yang mendakwa gagal beroperasi akibat masalah teknikal, Alwi berkata kementerian mengenal pasti antara lainnya berpunca daripada komputer milik syarikat pengurus yang menggunakan sistem operasi tidak sepadan berbanding keperluan perisian yang digunakan bagi pendaftaran program itu.

Beliau meminta syarikat yang berhadapan masalah itu supaya menyelaraskan sistem operasi komputer masing-masing.

Alwi berkata bermula semalam, lebih 100 kakitangan teknologi maklumat di kementerian telah diarah turun ke lapangan untuk memantau operasi syarikat pengurus dan membantu menangani masalah teknikal, jika masih ada.

"Contohnya masalah berkaitan installation atau masalah memuat naik data," katanya.

Beliau berkata jika terdapat sebarang aduan atau masalah yang dihadapi, pihak yang berkaitan boleh menghubungi Bilik Gerakan KDN di talian 03-8886 8110/8112.- BERNAMA

No comments: