TEMERLOH: Seorang aktivis PAS ditangkap polis malam semalam kerana memakai baju t berwarna kuning. Beliau ditahan semasa sedang menjalankan perniagaan buah-buahannya di Tapak Pekan Sehari kelmarin.
Tangkapan ini adalah kes merupakan kes yang pertama di negeri Pahang.
Menurut jurucakap PAS Kawasan Temerloh En Ahmed Zuber Omar, semasa ditemui beliau ditahan dan disoal siasat selama 3 jam di Balai Polis Temerloh. Dan dibebaskan 3 jam kemudian dengan ikat jamin sebanyak RM2,000 pada jam 10.10 malam tadi.
Turut hadir bersama-sama di Balai Polis Temerloh adalah YDP PAS Kawasan Hj Md Jusoh Darus, En Ahmad Nizam Ab Hamid ( peguam) , YB ADUN Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohammad, En Ahmed Zuber B Omar SU PAS Kawasan dan lebih daripada 20 aktivis PAS berhimpun di hadapan Balai Polis berkenaan.
No comments:
Post a Comment