Tuesday, July 12, 2011

Kenapa panik dengan 1 Ambiaga ?


Kini media menyerang Ambiaga bertali arus , beliau dicop sebagai penderhaka, ultra agama Krsitian, mencabar perlembagaan, rasis. Semua kerana beliau menjadi tunggak kepada Himpunan BERSIH

Kenapa marahkan Ambiga ? Sekurang-kurangnya Ambiaga berani menyatakan apa yang mahu dipohon, apa yang mahu dimarahkan Ambiaga, bukannya minta saham atau minta kawasan balak atau minta agihan kek ekonomi negara atau faraid harta atau kekayaan negara . Kenapa kecohkan soal Ambiaga

Ambiaga berjuang bagi pihak kaumnya, bagi pihak agamanya, kerana dalam negara ini ada undang-undang yang mengizizn dan membenarkan. Ruang diberi kepada kita semua termasuk Ambiaga. Justeru inilah kepandaian, kebolehan, kecekapan kita bagaimana untuk mengurus Ambiaga. Kenapa panik hujah lawan hujah, kepandaian lawan kepandaian, mana pergi cerdik pandai Islam ? Bagilah mereka depan dengan Ambiaga. Inilah masanya ?

Baru berdepan dengan seorang Ambiaga kita dah kalah ?

Kita atau mereka bukan menyokong Ambiga... tapi menyokong 8 tuntutan bersih..... Adakah dengana menyokong pasukan Chelsea dan Liverpool nanti bermakna menyokong kristian...... adakah dulu anda menyokong Menteri BN kafir bermakna anda menyokong agama mereka


TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!
By: Abdul Shukur Mohamad>>>>>MARI KITA SOKONG AMBIGA.....

No comments: