Wednesday, July 13, 2011

BERSIH 2.0: 95 % Melayu Sertai BERSIH 9 Julai

Apa yang tidak kena dengan Melayu ? Hari ini media membuat analisis berdasarkan kaum dalam kes Himpunan Aman BERSIH 2.0 di ibu negara tempoh hari.

Daripada jumlah tangkapan seramai 1600 orang, katanya 95 peratus yang ditahan adalah berbangsa Melayu.

Pertamanya, kita ingin jelaskan bahawa negara ini adalah negara umat Melayu daripada jumlah statistik 27 juta penduduk orang Melayu mewakili hampir 70% daripada rakyat negara ini.

Justeru mengikut sifir pergiraan matematik 95 % daripada 27 juta penduduk Melayu negara berapa ? Maka usahlah digusarkan ramai orang Melayu menunjukkan rasa.

Kita fahamn orang yang menulis ini terlalu amat sayang kepada Melayu. Tetapi sayang kita jangan sampai membutakan mata hati kita. Melayu - Melayu yang 95 % pergi menyertai Bantahan Aman BERSIH 2.0 juga mahu menunjukkan rasa sayang kepada Melayu juga. Melayu ini adalah Melayu yang bencikan kemunkaran, benci kemiskinan bangsa, Melayu yang mahukan kekayaan sama rasa di kalangan Melayu. Maka inilah jenis Melayu yang berada sejumlah 95 % di ibukota pada Sabtu 9 Julai itu.



Perhimpunan haram, 95 peratus ditahan orang Melayu

KUALA LUMPUR 12 Julai - Majoriti penyokong yang ditahan semasa menyertai perhimpunan haram di ibu negara Sabtu lalu, berketurunan Melayu iaitu 95 peratus atau 1,434 daripada 1,508 tahanan.

Berdasarkan statistik itu, ini bermakna hanya 4.9 peratus atau 74 orang bukan berketurunan Melayu iaitu 21 orang berketurunan Cina, India (29 orang) dan lain-lain (24 orang).

Sumber berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 1,355 lelaki dan 153 wanita termasuk kanak-kanak.

"Hasil pemantauan pihak berkuasa, peserta perhimpunan haram berketurunan Melayu bukan sahaja mendahului tangkapan tetapi paling ramai hadir dalam perhimpunan haram berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah sumber itu, selepas selesai keterangan diambil daripada individu yang ditahan, seramai 1,403 telah dibebaskan tanpa syarat.

Katanya, seramai 105 orang lagi akan dituduh di mahkamah kerana melakukan pelbagai kesalahan semasa perhimpunan haram berkenaan.

"Tindakan lanjut terhadap mereka akan ditentukan di mahkamah mengikut kesalahan yang telah dilakukan," ujarnya.

1 comment:

Unknown said...

Habis yang awal awal kata perhimpunan aman tu ditaja yahudi, diresap kominis, disokong anasir luar tu mana dia? takkan sorang kominis, yahudi, jepun, china pun tak tertangkap...

Tentang 95% melayu, macamana tak 95% sebab polis sasar tangkap orang melayu je? Polis melayu hanya berani tunjuk samseng dengan orang melayu je.... Macam Perkosa dan Pesilap tu, cakap je besar, bila tenggok semua kaum sertai perarakan aman tu, mereka mula menikus..... bacul dan banggang is the primary characteristic of melayuMNO. Hey, Melayu minus umNO has awaken, sedarlah wahai insan....