Sunday, July 10, 2011

Semangat & Roh BERSIH : Wajar diteruskan,di gelombangkan ...

Najib optimis kelmarin minta rakyat Umno dan ahli Umno lakukan 'silent vote' kepada kumpulan BERSIH.

Dengan mensasarkan matlamat sama, Najib menyerang Anwar bahawa mantan TPM ini gilakan kerusi sebagai PM. Lagu lama yang didendang dan cerita lama yang dikitar. Serangan yang menampakkan beliau kekeriangan modal dan tiada hujah lain.

Seruan Najib adalah serampang bermata-mata, silent vote sudah masuk ke Selangor. Buktikan PAS Selangor membuat bantahan kepada SPR kerana bagi Suku Tahun Pertama 2011 sejumlah 72,000 pengundi didaftarkan di Selangor. Berbanding dalam tempoh yang sama bagi tahun 2010 cuma kemasukannya hanya 15,000 orang bagi seluruh negeri Selangor.

Bantahan segera dibuat, macam biasa Pengerusi SPR akan memberikan alasan yang berjela-jela. dan kesimpulannya kita kena tipu dek mereka sokmolah....

Hidup BERSIH...






No comments: