Sunday, July 10, 2011

Jika Mengampu Katakanlah Mengampu, Jangan Merapu ...Si Kitol Moden Dalam Kerajaan

Kita malang sungguh mempunyai pemimpin Melayu yang tolol dan kaki pengampu. Dengan merisaukan perpecahan bangsa sebagai agenda utama perjuangan mereka. Perjuangan mereka lebih jelas mempertahankan bangsa daripada kebenaran, kejujuran, kesesaksaman sesama manusia.

Lebih malang gagal menafsir dan mengambil cerita-cerita bangsa Melayu yang tergolong sebagai hasil karya kesusuteraan Melayu lama.

Dengan berlandaskan Si Kitol menteri kanan senior ini mengimbaratkan perpecahan dua parti utama ibarat Si Kitol.

Sebagai penjelasan, kami yang danagkal menfasir cerita-cerita klasik ini. Gambaran si Kitol dalam cerita Melayu itu adalah bagi paparan watak mereka yang dekat dengan pihak berkuasa, atau mereka yang ada dalam kepimpinan kerajaan Melayu Melaka waktu itu.

PAS adalah parti pembangkang ia adalah sebuah badan politik, si Kitol adalah mewakili pembesar yang ada sekeliling dengan PM. mana mungkin PAS menjadi si Kitol.

Dalam baba membaca cerita dan menceritakan cerita-cerita klasik ini, Dr M lebih cekap memahami berbanding dengan menteri seni dan budaya ini.


Melayu Jangan Mudah Jadi Si Kitol - Rais Yatim

10 Jul 2011 5:38PM

KUALA TERENGGANU 10 Julai - Perhimpunan haram yang dianjurkan di ibu negara semalam bertujuan menjatuhkan imej kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah mencatatkan pelbagai kejayaan menerusi pelaksanaan gagasan 1Malaysia dan transformasi ekonomi.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, penganjuran perhimpunan haram itu dirancang oleh pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan sendiri.

Katanya, pemimpin pembangkang pula suka sekiranya ada peserta perhimpunan itu yang cedera atau lebih daripada itu agar mudah mereka menyalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga membuat tuduhan kepada kerajaan.

Justeru, mereka yang menyertai perhimpunan haram itu diminta berundur dan kewarasan pemikiran tinggi perlu dalam keadaan genting seperti itu, katanya kepada Bernama selepas mengadakan perjumpaan dengan pengarah-pengarah negeri di bawah kementerian itu di sini, semalam.

Beliau berkata, perhimpunan haram di Kuala Lumpur itu perlu dijadikan batu sempadan untuk orang Melayu berfikir tentang masa depan dan tidak mengikut telunjuk pemimpin yang ingin melonjak naik dengan mempergunakan orang lain. “Saya pelik kenapa orang Melayu khasnya tak rasa kita telah berpecah dalam soal sebegini".

“Ke mana letaknya sayang dan keakuran kita, yang laungkan Islam gunakan sebagai tali Allah dan jangan kita berpecah-belah, tapi kita tidak nampak itu berlaku,” katanya.

Menurut beliau, rakyat sepatutnya sedar ada pemimpin pembangkang kini bertepuk tangan melihat perpecahan berlaku terutamanya di kalangan orang Melayu.

“Orang PAS dan orang UMNO bukankah satu agama dan bangsa, ke mana pemikiran diletakkan? Saya nak seru ini sebagai seorang yang dah lama lihat perpecahan dan perjuangan yang serong… balik ke meja perundingan.

“Jangan ikut sangat Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mahu pergolakan berlaku ataupun Ambiga (pengerusi penganjur perhimpunan haram itu Datuk S. Ambiga) yang tak ada kepentingan perjuangan, senang jadi Si Kitol seperti dalam sejarah Melayu,” katanya.

Rais turut membidas kumpulan berkenaan kerana memilih perhimpunan haram di jalanan sedangkan masih ada saluran lain boleh digunakan untuk menyuarakan pandangan dan hasrat mereka seperti Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. — Bernama


No comments: