Tindakan kerajaan untuk mengelapkan pembangkang adalah dengan melanjutkan serangan, tohmahan dan memberi gambaran puaka dan buruknya terhadap rakyat yang menyertai serta memberi sokongan terhadap BERSIH 2.0 kelmarin.
Kini, hari ini SERANGAN bertali arus media berbahasa Melayu mereka-reka, menghentam dan mengutip pandangan semua pihak yang berkepentingan untuk memalitkan sama kesusahan - peniaga rugi, hotel tutup, hilang waktu santai, aktiviti perlancongan terencat di Sabtu 9 Julai, momokan ciptaan puaka mereka ke atas BERSIH 2.0 bagi dikongsi sebagai hak bersama rakyat.
Biarpun dalam masa yang sama, kepincangan dan kedurjanaan pemerintah dalam mengamalkan demokrasi disamping peritnya dan dipayahkan kehidupan mereka tidak dirasai, masih terbuai dengan berita-berita sebegini bagi mengalut serta mengacau dengan membebankan pemikiran rakyat dengan isu ini.
Permsalahan sebegini mereka ajak rakyat dibebankan bagi menanggung bersama-sama atau bertanggungjawab bersama, kesenangan dan kekayaan negara jadi hak milik mereka semata-mata tidak perlu dikongsi bersama rakyat.
Ornag yang cuba mencelikkan orang (rakyat) dilabelkan sebagai petualang dan apa-apa sahaja yang buruk. Dengan dimulai serangan terhadap Anwar sebagai dalang, pengkhianat, petualang, pemecah belah bangsa , agen asing, ada dalang atau kuasa lain dibelakang kumpulan ini ditabur kepada rakyat.
Malangnya, taburan fitnah itu dikutip rakyat-rakyat yang 'gelap' dengan maklumat dan petunjuk. Mereka masih buta mata dan mata hati. Ramai mengiakan apa yang kerajaan labelkan dan katakan, semta-mata atas nama Melayu dan bangsa Melayu.
Sebenarnya, kebenaran tidak duduk atas bangsa. Bukan bangsa yang menjadi penentu kebenaran dan kejujuran serta keikhlasan. Hal ini harus difahami.
Kita tidak boleh mempertahankan kezaliman yang dilakukan oleh orang sebangsa dengan kita, ataupun orang yang seagama dengan kita.
No comments:
Post a Comment