Tindakan kerajaan Kedah akur dan menarik balik arahan penutupan premis pusat hiburan sempena Ramadhan kini disambut 'baik' oleh Umno mereka turut sama merayakannya bersama-sama dengan pengusaha pusat berkenaan.
Kebencian yang dipaparkan oleh media Umno seolah-olah 'memadan muka' atau 'menempelak' kerajaan PAS bahawa ia sentiasa tunduk dengan rakan-rakan sePakatan mengembirakan Umno.
Mudah difahami 'kegagalan' PAS bertegas dengan rakan-rakan sePakatan akan memanjangkan talian hayat Umno dan Umno bersisa serta berbaki masa depannya. Maknanya masih ada harapan.
Sebaliknya, jika para penguasaha tersebut berjaya dan mengiakan dengan tindakan kerajaan Kedah itu maka masa depan Umno terus akan gelap.
Inilah sikap hipokritsme Umno dan gambaran wajah sebenar Umno. Yang lebih malang adalah sekumpulan ulama Muda Umno yang menjadi syaitan bisu dan menjadi terompah kayu sahaja. Ke mana mereka ? Bacalah ayat wahai Fatul ulama muda yang hebat dan gah mahu mempebetulkan Umno dari dalam. Kita bangga jika Fatul ulama Muda Umno itu tidak menjadi ulam dalam Umno ..
No comments:
Post a Comment