Bermula dengan tangkapan 'barangan' bom, mokov coktail , kain kuning Bersih, KL Darurat, KL tegang, dan Tuntutan RM100 juta peniaga rugi, terbaru saman oleh Kak keerana belanjakan kenduri RM45,000 tiada tetamu datang masalah jalanraya sekat tersesak ,
Kini Mat Moggol kedua Umno , bercanda minta siarkan belaka. Semasa kecil penulis pernah tertipu dengan siaran tertunda kes Memali. Waktu itu kami (penulis) sekeluarga, percaya sungguh dengan tayangan perdana kisah Mmemali dalam siaran tv termasuk RTM dan lain-lain.
Kini, menurut pandangan Prof Shamsul Amri UKM, Umno menggunakan taktik dan teknik 1960an lagi. Manusia zaman seegala-gala berubah. Dunia sekarang jika mahu menipu dan mahu me.. apa sahaja kena ikut kaedah dan perdearan zaman.
Mutakhir
2011/07/17
KUALA LUMPUR: Polis perlu segera menyiarkan rakaman video mengenai usaha mereka menangani perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lalu bagi menangkis tohmahan pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata demikian selepas meluangkan masa kira-kira sejam melawat Pasar Chow Kit di Jalan Raja Bot di sini dan beramah mesra dengan peniaga sempena tinjauan mesra itu, pagi ini. Beliau berkata polis perlu bertindak pantas kerana media alternatif dan penulis blog pro pembangkang memainkan isu itu untuk memburukkan kerajaan."Kita berharap polis dapat bertindak pantas untuk menangkisserangan pembangkang memburukkan pasukan itu dan kerajaan menerusi internet dan Youtube. "Kalau betul ada bukti rakaman video, siarkan segera supaya rakyat faham perkara sebenar apa isu yang berlaku dan bagi mengelak rakyat keliru," katanya Timbalan Perdana Menteri melakukan tinjauan mesra itu bagi memantau harga barang keperluan asas yang dijual di pasar di samping meninjau keadaan serta kemudahan di kawasan itu. Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan sempat membuat tinjauan mesra pagi tadi sebelum berlepas ke Bali petang ini untuk menghadiri Mesyuarat Pendidikan ASEAN +3 di sana.
No comments:
Post a Comment