Sunday, July 17, 2011

Kerajaan Umno Bn: Memang pandai cari duit, haram halal belakang kira atau kura


Minggu ini adalah mingguan Awang Selamat. Kerana slot tulisan awang selamat mewarni warna warni kecam kegelisahan kebebalan dan kedengkian beliau dengan berjayanya Himpunan Aman BERSIH 2.0 9 Julai lalu.

Terkini, Umno dan media membawa seorang mak cik gagal memeriahkan agenda dirinyan kerana ingin menjamu orang pada 9 Julai, dakwanya tetamu tidak datang dan hajat tidak kesampaian, tetapi tiada pula makanan yang mak cik itu buang ke pangkal kelapa atau sedekahkan ke rumah anak yatim Hulu Langat yang ditimpa muhasibah sikit masa lalu.

Sikap perihatinnya adalah mungkin membuat laporan polis dan ingin menyaman individu yang bernama Anwar bagi menuntut RM100 juta (macam mamat pengerusi persatuan peniaga-peniaga marhein) tempoh hari. Peniagaan mamat ini katanya ahli beliau kerugian RM100 juta beliau mewakili 50 peniaga yang bernaung bawahnya. (kan nampak penipu berita ini kan). Kata kawan penulis sehari depa kerugian RM10,000 ke RM50 ribu depa ni bukan lah penaiaga kecil, tetapi peniaga besarlaah..

Berbalik dengan dakwaan AS, di bawah dia susah hati dengan rumah urut bercambah macam cendawan, dia tidak susah dengan pusat judi dan pusat arak yang banyak, siapa yang benar dan bagi lesen, bila dah bagi payahlah macam Kedah nak laksana dasar hormati ramadhan tutup premis sepanjang ramadhan, kan la ni sama-sama susah, tak Pakatan sahaj yang susah...anak menteri depa memang suka pi pusat - pusat macam tu

Selangor jadi Bangkok?

Awang cukup terganggu berhubung dakwaan beberapa NGO wanita bahawa terdapat ratusan pusat urut yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Menurut wakil NGO berkenaan, Profesor Dr. Clara Chee, di kawasan Pandan Indah sahaja terdapat lebih 80 pusat urut. Apa sudah jadi?

Itu belum menyentuh daerah lain di Selangor. Yang menyakitkan lagi mata terdapat kian banyak premis urut di rumah-rumah kedai taman perumahan. Apa yang kita boleh saksikan itu bercanggah dengan dakwaan kerajaan Selangor bahawa hanya 60 lesen pusat urut dikeluarkan.

Awang sudah lama terpinga-pinga melihat lambakan pusat urut di negeri itu yang seakan mahu menjadi seperti Bangkok. Wanita dan pelacur asing makin ramai bekerja di premis seperti itu, yang sebahagiannya berselindung atas nama pusat refleksologi atau urutan kaki. Ini kejayaan terbesar kerajaan campuran PKR-DAP-Pas. Khabarnya ada pemimpin politik DAP mendalangi banyak operasi rumah urut di Selangor dan cakap-cakap mengenainya berlegar dalam industri.

Yang pasti, lambakan rumah urut menyebabkan NGO dan orang ramai bimbang kerana ia akan memburukkan lagi gejala sosial. Siapa yang membenar dan merangsang persekitaran tersebut jika bukan pentadbiran kerajaan Selangor. Anak-anak kita membesar dengan melihat premis itu di kiri-kanan jalan. Lebih menjadi persoalan mengapa Pas atau satu lagi jolokan yang Awang hendak beri iaitu ‘parti angguk sahaja’ boleh merelakan semua ini berlaku?

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT


Budaya kuning dan hikmah 9 Julai

Ketika menulis ruangan ini, fikiran Awang seperti biasa cukup lapang. Begitu juga dalam menggarap isu perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.

Sudah bermacam-macam analisis dipaparkan menerusi media termasuk blog.

Perhimpunan 9 Julai lalu ternyata gagal mencapai matlamat. Banyak laporan media asing melihat perhimpunan itu macam langit dengan bumi jika mahu dikaitkan dengan apa yang berlaku di Mesir, Tunisa, Libya dan Syria. Senario di Malaysia dan negara-negara berkenaan amat berbeza.

Beberapa perwakilan kedutaan asing dalam analisis mereka juga melihat perhimpunan itu, sebagai ‘tiada impak’.

Pada Awang pula, ia tidak lebih daripada usaha menyelamatkan politikus biseksual yang hipokrit selain mengangkat tokoh anti-Islam.

Sebab itu, Awang sedikit pun tidak teruja pada Perhimpunan Bersih. Lebih menarik rasanya melihat aksi perarakan gay di negara Barat walaupun menjijikkan. Setidak-tidaknya penganjur di sana jujur dan tidak bermuslihat.

Khabarnya, penganjur Bersih mahu memperhebatkan promosi termasuk memakai baju Bersih berwarna kuning pada setiap Sabtu. Kalau sudah ikonnya berpemikiran dan bertabiat kuning maka budaya kuning juga mahu diterap.

Kalau mahu pakai seluar dalam dan baju dalam kuning, pakailah. Jika mahu tukar cat rumah, kereta atau rambut kuning sekalipun, silakan. Tiada apa yang perlu digusarkan. Lagi kuat gerakan itu, lagi kuat dorongan rakyat untuk menolak pembangkang.

Tanpa disedari, Perhimpunan Bersih telah menjadikan masyarakat tersentak dan mempersoalkan pembangkang kerana menyusahkan hidup dan mensabotaj imej negara. Kerajaan dan pihak berkuasa jangan takut dan usah terperangkap dengan permainan pembangkang.

Dengan tegas dan penuh yakin, hadapi apa sahaja selepas ini. Kepentingan majoriti lebih utama daripada percaturan minoriti. Itu juga demokrasi.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Pembangkang baru?

Perhimpunan 9 Julai meninggalkan hikmah dan pengajaran yang amat besar. Berdasarkan maklum balas, sokongan terhadap pembangkang tidak meningkat malah merosot. Bersih menjadi seakan senjata makan tuan. Rating pemimpin utama pembangkang jatuh lagi. Inilah hakikat yang perlu diakui walaupun seperti biasa cuba dinafikan oleh pembangkang.

Pada Awang, penganjur Bersih dan pembangkang melepaskan kesempatan terbaik untuk memenangi hati rakyat terutama golongan atas pagar. Ada pemimpin Pas menghantar sms kepada Awang mengakui bahawa dia bimbang kesan sokongan masyarakat Islam dan orang Melayu kepada parti itu.

‘‘Pas perlu melakukan post mortem yang jujur jika tidak mahu dihukum oleh masyarakat Melayu,’’ katanya. Manakan tidak, setelah dilihat tunduk kepada DAP kini Pas mengikut telunjuk penganjur Bersih yang diketahui agendanya. Belum pernah dalam sejarah imej Pas sebegitu buruk sebagai pak turut.

Awang melihat strategi pembangkang terkebelakang walaupun begitu agresif. Antara puncanya ialah masalah komunikasi dengan rakyat. Mungkin kerajaan juga ada masalah itu tetapi tidak seburuk pembangkang.

Jika Awang menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, Awang akan mengambil pendekatan sederhana dan dengan cara memujuk dalam menyakinkan orang ramai. Pas pernah menawan Kelantan tanpa budaya demonstrasi. Ia hanya bermodalkan pendekatan Nik Aziz Nik Mat yang sederhana ketika itu.

Maka mesej jelas daripada perhimpunan Bersih yang sarat dengan provokasi, adalah pembangkang yang kita ada bertaraf mentaliti kelas ketiga. Apatah lagi, suka atau tidak, politikus biseksual dan pembohong berulang, tidak boleh menjadi ikon pembangkang.

Para pemimpin pembangkang terutama PKR mesti kelihatan bersih terutama moralnya Pas tidak lagi boleh celaru sementara pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang perlu tukar dasar rasisnya yang berselindung atas nama istilah demokratik.

Ramai yang bosan dengan fesyen politik lama - tidak budiman dan suka menghasut - yang dibawa oleh pembangkang. Sudah sampai masanya perlu ada gelombang baru dalam membentuk pembangkang alternatif demi kepentingan rakyat dan negara. Biar kritis tetapi jangan sampai membakar. Jika ada pembangkang baru yang berkualiti dan berwibawa, Awang juga sedia meletakkan harapan. Tiada masalah.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT


No comments: