Peserta demo: Saya tidak bawa pisau

[VIDEO: 8:12]Abdul Razak Endut yang dilabelkan oleh akhbar arus perdana sebagai seorang peserta ganas pehimpunan BERSIH 2.0 tampil membuat penjelasan pada ceramah PAS di Kuala Lumpur Sabtu lalu.
Abdul Razak atau terkenal dengan nama Ajak adalah anggota Unit Amal PAS - pasukan sukarelawan yang ditubuhkan bagi mengawal orang ramai pada perhimpunan 9 Julai lalu berhampiran bangunan Maybank.Akhbar Berita Minggu pada 10 Julai menyiarkan gambarnya dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis".Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".Berpakaian baju dan penutup mulut yang sama, Abdul Razak membuka lilitan kain hitam dan mendedahkan wajahnya sambil mendapat tepukan gemuruh mereka yang hadir.Perisai manusia
Katanya, beliau menyertai rakan-rakannya membentuk perisai manusia bagi menghalang polis bergerak ke arah orang ramai yang cuba berhimpun secara aman.
Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan olehReuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau."Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara),” katanya.Pada 12 Julai lalu Pemuda PKR Pulau Pinang mendakwa gambar itu dipalsukan.
No comments:
Post a Comment