Selepas mencanai, memasak, mengasak, menyogok minda rakyat bahawa Himpunan 9 Julai BERSIH 2.0 sebagai himpunan haram. Kini himpunan yang dikatakan haram itu, mendapat liputan pujian meluas media seluruh negara. Kenapakah jadikan ia perhimpunan haram?
Menurut Prof Shamsul Amri UKM, secara objektifnya tuntutan 8 perkara oleh kumpulan ini munasabah dan Bn masih menggunakan strategi 1960an, era Perang Dingin, sindir beliau. Pendekatan kerajaan melayan tuntutan 8 perkara adalah tidak wajar. Itulah moral pandangan beliau. Zaman dan masa sudah berubah , era perang dingin sudahpun tamat.
Sementara sikap double standard kerajaan ketara bilamana keesokkan harinya pula tanggal 10 Julai (Ahad) Najib menghimpunkan lebih 6,000 orang ahli Umno seluruh negara di PWTC dalam satu Himpunan Halal. Mereka didatangkan smata-mata bagi mendengar penjelasan tohmahan tentang BERSIH 2.0. Himpunan Halal ini mendapat liputan media arus perdana berbahasa Melayu sahaja. {Besar juga PWTC] luarbiasa boleh memuat dan menampung sejumlah umat Halal di tempat berkenaan.
Malangnya bagi kerajaan fokus dan minat orang terhadap kedua-dua himpunan ini memang ada. Tetapi orang berminat dan mahu tahu apa yang berlaku dan terjadi kepada mereka yang terlibat langsung dengan BERSIH 2.0 Komen-komen sokongan melebihi daripada kondem tuntutan BERSIH ini.
Selepas dikelilingi dengan kegagalan bertindak, dan mengelabah serta melatah. Media arus mengibaratkan perhimpunan aman BERSIH 2.0 secara aman sebagai haram juga Walaupun selepas mereka mohon kebenaran permit, mengadap YDPA, bertemu bersemuka dengan polis (semua saluran seluruhnya bagi mematuhi peratuaran telah diikuti tetapi mereka mengharamkan).
Bagi kita cukuplah sudah menjadi 'alat' 'kuda kayu' 'terompah' kepada kerajaan. Kita rela menjadi alat kepada DAP, kepada Ambiga, kerana mereka memperalatkan orang bagi menyatakan kemungkaran 'politik' .
Adalah lebih mulai menjadi alat DAP yang bangkit berani melawan kemungkaran politik Bn.
No comments:
Post a Comment