KUALA TERENGGANU: Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Terengganu berjaya mendaftar 585,366 orang pengundi baru sehingga Mac lepas.
Pengarah Pilihan Raya Negeri Terengganu Mohd Nor Daud berkata sebanyak 91.4 peratus daripada 640,667 pengundi yang berumur 21 tahun ke atas berjaya didaftarkan.
Katanya, pendaftaran itu dilakukan oleh penolong pendaftar pemilih bagi wakil parti-parti politik di seluruh daerah yang dipantau SPR setiap bulan.
Pendaftaran itu dilakukan di pejabat-pejabat pos, pejabat pilihan raya negeri menerusi program 'outreach' di mana SPR membuka kaunter pendaftaran di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti pasar raya, pasar malam dan sebagainya.
"Bagaimanapun, sehingga Mac 2011, masih terdapat lebih daripada 8.6 peratus iaitu 55,301 yang masih belum mendaftar sebagai pemilih terutamanya yang baru mencecah umur 21 tahun," katanya kepada Bernama di pejabatnya pada Rabu. Menurut beliau SPR juga mengambil inisiatif dengan menghantar surat kepada semua ketua jabatan di negeri Terengganu bagi memastikan penjawat-penjawat awam yang masih belum mendaftar dapat mendaftar sebagai pengundi.
Selain itu sepanjang Jun ini pihak SPR juga menggiatkan pendaftaran pemilih dengan membuka kaunter-kaunter pendaftaran bagi memudahkan orang ramai terutamanya golongan muda untuk mendaftar.
Sementara itu Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Terengganu Razali Bidin berkata hampir keseluruhan ahli-ahli Umno sudah mendaftar dengan SPR dan Terengganu sentiasa mendahului negeri-negeri lain dalam pendaftaran pemilih. -BERNAMA
1 comment:
Keseluruhan rakyat terengganu hanya berjumlah lebih kurang 1 juta termasuk bayi, kanak-kanak, yang baligh, yang belum baligh, macamana boleh daftar 1/2 juta dalam setahun. Kalau macam ni hebat, tahun depan boleh daftar lagi 1/2 juta, maknanya tahun depan seluruh rakyat ganu kite akan menjadi pengundi yang berdaftar tak kira kecik besar tua muda bayi dan budak sekolah dari tadika ke tingkatan enam. hebat.. hebat... lagi hebat bila yang daftar tu semua ahli umNO...
Post a Comment