Kecekapan dan kebolehan utama Umno adalah 'meperalatkan' apa sahaja. Antara yang paling berjaya adalah Umno memperalatkan orang bagi memnuhi tujuan-tujuan nya. Umno gagal untuk capai sesuatu dengan usaha usaha nya sendiri.
Dari segi sejarah kemerdekaan negara Umno memperalatkan golongan pembesar dan bangsawan negara bagi mendapatkan kemerdekaan di tangan British. Lawak lah jika sejarah menyatakan Umno yang memperjuangkgan kemerdekaan negara ini.
Bagi tujuan tersebut Umno mengelapkan sejarah negara dengan memperalatkan cendikiwan Melayu dan sejarahwan melayu yang pro Umno bagi menulis dan meletakkan bukti fakta bahawa Umno lah satu-satu parti yang berjaya memperjuangkan kemerdekaan negara ini.
Sesudah merdeka Umno memperalatkan bangsa-bangsa lain bagi duduk bersama-sama dengan nya untuk mengisi dan memenuhkan agenda pasca kemerdekaan.
Umno dalam menjayakan agenda pembangunan negara memperalatkan dasar-dasar negara, dengan meniup slogan - slogan yang muluk bagi membuai perasaan Melayu selepas merdeka. Melalui dasar-dasar itu para pemimpin Umno mula mengaut, mengerusi, mempaip , menyedut, menimbun kekayaan atas dasar Melayu dan dasar-dasar institusi kemelayuaan yang menghalalkan tindakan mereka.
Kini, Umno memperalatkan apa sahaja intutusi dalam negara, pentadbiran, kehakiman, perundangan bagi memperkukuhkan kuasa dan kekuasaan mereka untuk kekal jika boleh buat selama-lamanya.
Untuk melenyapkan penentangan rakyat Umno memperalatkan intitusi-instusi perundangan dengan mencipta undang-undang dalam semua segi bagi menutup, menyekat dan menghalang rakyat daripada perkara sebenar, Sebagai contoh OSA, ISA, dan beberapa akta yang semuanya melarang rakyat mendedah dan menerima maklumat sebenar.
Kini, mereka memperalatkan SPR, pasukan PDRM, dan segala-galanya bagi mengekalkan kuasa dan kekausaan mereka. Walaupun kumpulan pembangkang menuntut 8 perkara yang munasabah bagi menjernihkan sistem demokrasi negara.
No comments:
Post a Comment