Demonstrasi jalanan bukan cara BN - Najib
SIPITANG, Sabah - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, parti itu jika ia mahu mampu mengerahkan tiga juta anggotanya untuk menentang habis-habisan hasrat golongan yang mahu mewujudkan kekacauan melalui demonstrasi jalanan.
Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, UMNO tidak akan berbuat demikian kerana ia bukannya cara yang bertanggungjawab dalam mencari penyelesaian.
"Kita (UMNO) ada tiga juta ahli, tidak termasuk parti komponen (Barisan Nasional)... kita boleh kumpulkan tiga juta orang yang tunggu isyarat.
"Kalau semboyan dibunyikan, mereka juga akan berjuang habis-habisan... tetapi adakah itu satu cara yang bertanggungjawab?" soal beliau semasa berucap kepada kira-kira 15,000 hadirin yang menyambut kunjungan beliau di sini semalam.
No comments:
Post a Comment