Friday, July 01, 2011

Agensi Penguatkuasa Enggan Memberi Kerjasama Untuk Himpunan Bersih

Apabila kerajaan enggan menjaga keselamatan rakyat.

Pengakuan Agensi penguatkuasa terutama PDRM yang enggan menjaga keselamatan rakyat, terutama bagi program unjuk rasa pada 9 Julai diibukota kelak. Lebih malang agensi ini telah mengeluarkan pelbagai ugutan, arahan dan amran agar rakyat teramai jangan melibatkan diri atau terbabit bersama-sama dalam Himpunan Aman ini nanti. Kerajaan cuba menyahkan rasa simpati rakyat terhadap Himpunan Aman ini.

Justeru, agensi ini melabelkan Himpunan Aman itu dikatogerikan sebagai tidak selamat. Himpunan yang membawa huru hara, himpunan memecah belahkan kesejahteraan dan keharmonian rakyat.

Himpunan unjuk perasaan yang menutut SPR membersihkan 8 perkara bawah bidangkuasanya dianggap tidak selamat. Justeru pelbagai pihak mencadangkan agar pihak berkuasa meramaikan anggota polis trafik bagi mengawal lalulintas dan trafik sepanjang jalan menuju ke Istana Negara.

Seterusnya, lebih malang lagi kerajaan melabelkan Himpunan Rakyat 9 Julai ini sebagai memberi kesan jangka panjang kepada negara, sebagai hujahannya adalah terlalu dangkal.

Yang peliknya dalam masa sama perbelanjaan wang negara yang dibazirkan seperti kos lawatan PM TPM & rombongan ke luar negara menghabiskan RM17 juta, kos selenggara rumah rasmi Pm sejumlah RM48 juta, bil eletrik RM160,000 sebulan tidak pula dikatogerikan sebagai memberi kesan jangka panjang kepada negara.


No comments: