Promisi berlebih lebihan kerajaan terhadap Himpunan Bersih 2.0 menjelang 9 Julai ini menenggelamkan segala-galanya.
Dilaporkan ribuan NGO seluruh negara berkumpul kekuatan di belakang kerajaan bagi menghalang Himpunan Rakyat 9 Julai ini. Laporan polis demi laporan polis, perarakan demi perarakan cuba memberi tekanan kepada kumpulan Bersih 2.0.
Sitausi gempak, bermula dengan Perkasa diikuti Pemuda Umno dan kini Perkesa akan mengumpul ahlinya sejumlah 3 juta bagi menghalang dengan apa cara 9 Julai tidak akan berlaku. Inilah ikrar mereka secara jantan agaknya.
Keharmonian kesejahteraan rakyat kini tampak gawat dan mengudnang kepanikan. Rakyat yang cerdik tidak akan termakan dengan adu domba media kerajaan berserta tindakan pasukan keselamatan yang memulakan tangkapan di sana sini bagi menampakkan keruh itu lagi suasana ini.
Kini, simpati rakyat mula menyebelahi kumpulan penganjur Bersih 2.0. Rakyat mulai meluat dengan tindakan kerajaan yang belum apa-apa lagi sudah menangkap 'baju berwarna kuning' . Tindakan yang tidak menguntungkan kerajaan dari segi jangka panjangnya.
Mungkin malam ini pasukan Malaysia kalah ditangan Taiwan kerana tidak memakai jersi rasmi warna kuning. Pasukan Malaysia berkedudukkan terikat sekarang 2-2
No comments:
Post a Comment