Itulah bahasa yang mampu digunakan oleh mereka (kerajaan & media kerajaan) , 9 Julai menyusahkan rakyat. Walaupun 9 Julai itu adalah 1 hari yang menyusahkan rakyat walaupun mereka ada hari-hari berbaki yang lain rakyat tetap senang. Maka 1 hari ini dikira menenggelamkan 359 hari yang lain. Malah jika diukur berapa ramai rakyat yang disusahkan berbanding dengan 27 juta yang lain. Sehari daripada 360 hari dalam tahun 2011. Paling tidak warga KL yang disusahkan adalah dalam anggaran 1 juta orang.
Niat murni sekumpulan manusia yang inginkan keadilan menuntut agar tertegak dalam negara tercinta ini, negara ini juga negara mereka. Sudah jenuh , sudah banyak , sudah puas raungan, rintihan, aduan , memo mereka tidak diindahkan oleh pemerintah. Namun di sebalik niat baik mereka ini ditaburi dengan layanan keras( tindakan polis yang tidak bertamadun), ramai yang tercedera, malah ada yang sampai meninggal dunia. Semua ini dilakukan semata-mata bagi menyuarakan 'rasa hati' bantahan fizikal mereka terhadap kepincangan, salah urus negara oleh segelintir pemimpin yang 'berhati batu' leka dalam kekuasaan sementara ini.
Rakyat terbanyak sudah banyak bersabar, rakyat sudah banyak berkorban. Adakah dengan hanya meminta 8 perkara untuk dipenuhi ini susah dan menyusahkan rakyat. Maka atas pertimbangan dan alasan apakah tuntutan ini menyusahkan rakyat.
Bagi rakyat yang peka dan celik , rakyat yang faham erti kebebasan dan demokrasi, mereka mahukan kehidupan bernegara yang lebih baik. Sesudah generasi terawal datuk nenek moyang mereka membebaskan negara ini daripada penjajahan 'asing'. Generasi ini belajr daripada sejarah mereka ada ilmu , mereka ada kefahaman dan mereka tahu segala-galanya. Mereka adalah rakyat yang cerdik.
Justeru kenapa tuntutan mereka dibisukan, dialih perhatian, mereka dimangsakan sebagai kumpulan manusia yang SALAH.
1 comment:
Kata perhimpunan BERSIH ini haram. Bila haram tiada identiti atau penganjur. Macamana nak saman? Lebih elok saman kerajaan BN/UMNO atau pihak Polis yang tutup jalan sana-sini, blok jalan sana-sini, tembak water canon dan pemedih mata sana-sini, geledah hotel sana-sini, tahan individu sana-sini. BERSIH tak buat apa-apa pun selain menguntungkan para peniaga yang cerdik dengan membuka pintu untuk jualan air mineral atau berbagai buah-buahan. Sampai bila pemimpin UMNO nak menipu orang ramai? Mereka ini hanya mampu menipu Pak Cik dan Mok Cik Felda atau saluran 2 yang esok lusa yang dah nak mengadap tuhan (tapi masih berjaya dibodohkan UMNO lagi) aje, tak lebih dari itu. Siapa yang nak percaya kamu lagi aduhai pemimpin UMNO korupsi?
Post a Comment