Jika diikutkan laporan akhbar atau media berbahasa Melayu yang namanya Utusan Malaysia, semua orang akan gila dan panik. Itu sebab akhbar ini adalah 'penghasut' pemecah belah perpaduan dan kestabilan serta ketenteraman negara.
Semasa Himpunan 9 Julai BERSIH 2.0 laporan muaka hadapan nya bertajuk KL Tegang, KL Darurat, KL Huru Hara.
Namun apabila penulis merisik pekedai orang meniaga premis perniagaan semuanya diARAHKan tutup kerana akan berlaku Huru Hara. Inilah cara gaya polis Malaysia atau pihak berkuasa Malaysia menguruskan rakyatnya.
Jadi kekacauan sebenarnya bukannya dicetuskan oleh rakyat tetapi adalah pihak berkuasa. Semuanya demi mempertahankan Umno dan kuasa Umno.
Jika Umno adalah parti yang memperjuangkan kemerdekaan, parti yang banyak berjasa parti yang tiada dosa, parti yang sayangkan negara, parti yang mahu menjaga agama, tentulah rakyat terbanyak kasih sayang dan cinta terhadapnya.
Kini generasi muda sudah mulai kenal Umno, mereka meluat. Mahu belajar start masuk IPTA menjadi penghutang . Tamat pengajian berhutang lagi untuk kawin, untuk membeli kereta, untuk membeli rumah. Semuanya atas nama satu iaitu PINJAMAN, kan sedap ayatnya itu, tetapi semuanya dalah berhutang.
Hatta sampai dapat cucu pun kelak hutang mereka tekial-kial mahu dihabiskan. Maka dalam ceramah-ceramah di kaca tv dan sebagai. Para ustaz-ustaz pun mengatakan kita janganlah berhutang kerana begitu begini hukumnya dan orang sebegini lebih dekat amalkan riba, maka api nerakalah yang bakal menyambarnya.
Bagi yang tidak faham atau tidak mahu faham tak apalah, katanya kubur masing-masing jawapan. Bagi yang takut sikit tidak ingin berhutang dan membuat pinjaman lagi. maka jadilah ia Melayu yang 'lemah' kata kerajaan tidak mau memajukan diri dan sebagainya. Kini Melayu itulah yang mengajar Melayu untuk membuat TRANFORMASI.
Kini tranformasi sudah dan sedang dilakukan oleh generasi muda Melayu. Jangan marah ya
Pusat hiburan: Karpal beri kata dua kepada Pas Kedah
KUALA LUMPUR 15 Julai — DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam pakatan pembangkang.
"DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau berkata, DAP tidak akan mengenepikan prinsip-prinsip perjuangannya dan menurutnya parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi dalam menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
"DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya. Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim.
"Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan," katanya.
Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan pergerakan Pemuda Gerakan Kedah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kedah sekiranya ia tidak membatalkan larangan itu dalam masa seminggu.
Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, ini kerana larangan itu tidak memberi pengecualian kepada kaum bukan Muslim. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment