Islam tidak ajar sertai demonstrasi jalanan
![]() |
Raja Zarith Sofiah menyampaikan cenderamata kepada Sheikh Ahmed Tijani pada majlis syarahan umum bertajuk Kuasa Penyembuhan Quran Yang Menakjubkan di UTM, Skudai, Johor Bahru, kelmarin. |
JOHOR BAHRU 14 Julai – Umat Islam tidak seharusnya menyertai sebarang bentuk perhimpunan atau demonstrasi untuk menyuarakan tuntutan sebaliknya ia perlu disampaikan secara bijaksana seperti diperintahkan Allah.
Pendakwah antarabangsa, Sheikh Ahmed Tijani Ben Omar berkata, jika wujud pihak yang merasakan ‘suara permasalahan’ mereka tidak didengari, maka keutamaan adalah mendengar ‘suara’ Allah dan pesanan Rasulullah SAW.
“Dengan nama Allah dan Rasulullah SAW, saya rayu umat Islam di negara Islam yang paling indah di dunia ini agar jangan keluar berarak di jalan raya menuntut apa sekalipun. Sebaliknya sebarang permintaan perlu melalui cara bijaksana seperti mana diperintahkan Allah.
“Jumpa ketua dan beritahu masalah untuk dibincang, inilah yang diperlukan. Tetapi kalau membelakangi pemerintah, sama dengan meninggalkan Allah, Rasulullah SAW, al-Quran dan hadis. Keluar ke jalanan dipengaruhi dan dipandu oleh syaitan,” katanya.
Beliau ditemui selepas syarahan umum bertajuk Kuasa Penyembuhan Al-Quran Yang Menakjubkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai dekat sini semalam.
No comments:
Post a Comment