Tindakan kerajaan Malaysia memberi persepsi negatif terhadap Himpunan Bersih 2.0 adalah amat keterlaluan. Tindakan berhimpun pada 9 Julai ini di ibunegara diibaratkan sebagai satu himpunan berdarah bagi mengulingkan kerajaan secara demo jalanan.
Matlamat Bersih yang utama adalah menuntut 8 perkara yang wajar SPR selesaikan. Demo ini ditujukan kepada SPR bagi membolehkan pengurus nya memahami kehendak pelanggan dan rakyat.
Seandainya tuntutan ini dipenuhi dunia luar akan tahu bahawa perubahan dan pembaharaun sudahpun dibuat oleh kerajaan dalam proses pengendalian dan perjalanan pilihanraya di negara ini. Setidak-tidak imej negara terangkat di mata dunia bahawa kerajaan Malaysia amat bersikap terbuka dan melayani tuntutan rakyat. Bukannya berkeras mempertahankan sesuatu yang tidak perlu dipertahankan.
Justeru kerajaan rakyat tidak akan bimbang dengan tuntutan rakyat yang penting negara aman rakyat selamat dan sejahtera kehidupan mereka.
Namun, dengan pengalihan isu ini memberi gambaran negara berada dalam suasana yang kucar kacir bukanlah satu jalan penyelesian terbaik. Dan ia lebih memaparkan kedegilan kerajaan, dan mencabar kesabaran rakyat.
No comments:
Post a Comment