Wednesday, June 29, 2011

Umno: Suka Pemimpin Pandai Rakyat Bodoh

Marah sangat Nazri Aziz terhadap Bersih 2.0 yang bakal diterajui oleh seorang peguam wanita berbangsa India . Menteri di JPM ini marah kerana Ambiga sebagai seorang pengamal undang-undang tidak menghormati undang-undang. Beliau bersikap hipokrti

Hujah kedua menteri ini adalah sistem pilihanraya negara kita adalah paling sistematik, kemas teratur dan teramat bagus. Selain itu, beliau berhujah jika Bn menipu kenapa 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang. Dia akui jatuh, tapi lupa (Perak dirampas dengan cara tidak jantan dan membelakangi undang-undang) Semua diperalatkan .

Kita sudah letih memberi hujah logika, sudah penat memberikan alasan, sudah penat menghantar teguran . Dan inilah cara terakhir bagi memperbetulkan apa yang tidak betul.

Rakyat rata-rata berakal dan cerdik. Pemimpin Umno suka rakyat bodoh. Melainkan khalifah Islam yang mahu pemimpin nya pandai rakyat cerdik.




'Pilihan raya kita sistematik, tidak perlu pembaharuan'

Tiada paksaan mengundi dalam amalan demokrasi

“KALAU kata PRU (pilihan raya umum) kita tak bagus macam mana kita (Barisan Nasional) kalah lima negeri atau 82 kerusi. Kalau bersih dan telus yang dimaksudkan pembangkang ialah mereka menang semua 22 kerusi. Baik ambil saja tidak perlu adakan pilihan raya.
“Dia (Ambiga Sreneevasan) peguam, tapi peguam apa kalau tidak hormat undang-undang. Macam mana dia nak suruh orang hormat undang-undang kalau dia sendiri tidak hormat. Hipokrit,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz.
Menteri yang menjaga Perundangan dan Parlimen ini menempelak tindakan kumpulan yang menganjur perhimpunan haram pada 9 Julai nanti, kerana bukan saja mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah melaksanakan 12 PRU, bahkan tidak mengkaji latar belakang serta sejarah negara yang dibuat perbandingan.
“Nama saja peguam tapi bodoh membandingkan perhimpunan haram anjurannya dengan demonstrasi Mesir. Mesir mana ada pilihan raya. Di Malaysia, kita dah masuk PRU13,” tempelak Nazri.

Menteri yang terkenal lantang ini juga membidas tuntutan kumpulan terbabit supaya SPR menggunakan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda kerana selepas 12 PRU belum ada kes membabitkan pengundian berganda.

“Dia nak buat perbandingan dengan negara mana? India? Di India memang menggunakan dakwat kekal kerana tidak mempunyai daftar pengundi. Sistem di India, rakyatnya boleh mengundi di mana mereka berada pada hari itu. Dakwat kekal digunakan bagi membuktikan pengundi telah mengundi. Rakyat India terlalu ramai dan ada yang buta huruf kerana itu mereka menggunakan dakwat kekal.
“Di Malaysia ada daftar pengundi dan sistem serta pengundian kita tersusun serta sistematik. Belum pernah lagi ada sejarah atau kes mahkamah membabitkan pengundian berganda. Apa yang pembangkang takutkan sangat,” kata Nazri.

SPR pernah menggunakan dakwat kekal, bagaimanapun perundangan perlu dikaji terutama apabila ada yang enggan dicalit dengan dakwat kekal. Terkini, SPR mencadangkan supaya digunakan sistem biometrik atau imbasan ibu jari pengundi pada PRU13 nanti.

Perhimpunan haram anjuran kumpulan NGO diketuai Ambiga, menuntut SPR mengadakan pendaftaran secara automatik, membuat perubahan bagi pengundian pos, menggunakan dakwat kekal, memberi akses parti pembangkang kepada media arus perdana, tempoh berkempen tidak kurang 21 hari, SPR dijadikan institusi bebas dan menamatkan rasuah pilihan raya.

Beberapa tuntutan dangkal membabitkan akses pembangkang kepada media arus perdana dan menjadikan SPR institusi bebas.

Pendaftaran pengundi secara automatik sebaik seseorang itu berusia 21 tahun telah dikaji dan didapati perlu mencari formula terbaik bagi mengelak kekeliruan dan kekecohan pada hari pengundi.

Katanya, pendaftaran automatik memberi kesan kepada peratusan keluar undi kerana pengundi berdaftar adalah mereka yang berminat.

Tetapi lebih penting kata Nazri, dalam amalan demokrasi tidak ada paksaan untuk mengundi dan di bawah Perlembagaan Malaysia, mengundi adalah hak mutlak rakyat.

“Demokrasi bermakna rakyat yang buat pilihan, jika anda mahu hak ini, daftarlah sebagai pengundi. Sekiranya ada yang tidak mahu, kita tidak boleh memaksa.

“Mengundi hak mutlak di bawah Perlembagaan. Maksudnya, tidak ada syarat boleh dikenakan untuk sesiapa mendapat kertas undi selepas mendaftar. Hak mengundi ini mutlak tidak boleh bersyarat.

“Kalau pembangkang mahu sangat menggunakan dakwat kekal tapi ada rakyat yang tidak mahu, tidak ada siapa boleh memaksa mereka supaya tangan mereka dicalit,” tambah Nazri.

Tuduhan pembangkang ada rakyat asing menjadi pengundi mengundang sindiran Nazri: “Kita dah kata kalau ada pengundi rakyat asing, tunjuk pada kita. Kita ada pendaftaran cukup lengkap kerana SPR sudah melakukan kerja ini sejak lebih 50 tahun lalu. Semua pengundi ada IC (kad pengenalan).”

Nazri juga meminta pihak berkuasa berhati-hati menangani perhimpunan haram kerana ramai pihak yang mahu menyertainya mempunyai agenda tersembunyi

No comments: