Wednesday, June 29, 2011

Biometrik Mat Bangla : Bersih 2.0 Diteruskan

Senjata Umno serampang dua mata, bakal menghasilkan kemenangan luarbiasa pada PRU13. Umno kini bawah JPN mendakwa berjaya mendaftarkan mat Bangla sejumlah itu bagi dijadikan senjata pada bila-bila masa yang diperlukan.

Justeru, Himpunan bersih 2.0 wajar diteruskan, umno kerajaan berdegil menunjukkan keangkuhan dan kesombongan. Keangkuhan dan kesombongan wajar ditamatkan.



500,000 warga Bangladesh didaftar menerusi sistem biometrik

29/06/2011 5:01pm

PUTRAJAYA 29 Jun - Semua warganegara Bangladesh di negara ini yang dianggarkan 500,000 orang, sama ada masuk ke Malaysia secara sah atau haram, akan didaftarkan menerusi sistem biometrik dengan kerjasama kerajaan Bangladesh.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, program itu, sebahagian program pemutihan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, akan dapat menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin, di samping menangani jenayah merentas sempadan dengan membendung kegiatan haram termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

"Objektifnya ialah menghentikan eksploitasi ke atas mereka ini oleh penyeludup manusia, sindiket atau pihak ketiga kerana kita berpendapat atas alasan kemanusiaan sahaja, kita perlu memeranginya habis-habisan,” katanya kepada pada sidang akhbar bersama dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Atiqur Rehman, di sini hari ini.

Hishammuddin berkata proses itu akan diselaraskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam pada peringkat makro, untuk mengkaji bagaimana proses itu dapat dilaksanakan segera manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) Datuk Alwi Ibrahim akan meneliti proses pendaftaran. - Bernama

No comments: