Sunday, May 01, 2011

Umno bolehkah selamat atau diselamatkan

Kerajaan yang ada memang kerajaan bermasalah. Selepas isu terkini video, isu nasi lemak yang menyebabkan pelajar obes, isu undi DAP rasis undi Umno pejuang dan rakyat tulen yang sejati, undi MCA dan Gerakan juga bakal dianugerahkan bagai warganegara berdarah pangeran atau pahlawan.

Kini, Cina yang Cina pual diminta kerajaan 'memikirkan nasib' mereka tiada wakil Cina dalam kerajaan Bn yang ada. Maka kerajaan yang ada akan jadilah kerajaan Melayu 100% dan kerajaan India 100%. Maka matilah kelaparan Cina dan rakyat Cina dalam negara ini.

Maka tidaklah lagi menjadi 'tanggungjawab' kerajaan Melayu yang ada untuk memikirkan masalah khasnya rakyat Cina dalam negara ini. Maka tiada wakil Cina , maka tanggungjawab kerajaan pada Cina sudah tiadalah begitulah maksud PM.

Ini, PM 1Malaysia, PM yang menaja mentaliti minda kelas pertama, orang yang sama juga minta kita menjadi rakyat berkelas dunia.

Entahlah, dunia yang dimaksudkan oleh PM ini dunia Malaya ke, dunia Malaysia ke, dunia Melayu, atau dunia Cina juag dunia India.

Sejak menjadi PM, Pm yang ada ini halatuju kita menjadi kacau dan semakin kacau. Beliau mahu halakan masyarakat ke mana entahlah.

Bagi kita ini adalah akhir zaman bagi Umno Bn. Inilah tanda bibit-bibit meraban, nyanyuk pimpinan Umno dan yang sewaktu dengannya.

Bayangkan seorang NC, gagal memahami hala tuju dan negeri bersikap degil dan payah faham soal cukai tanah dan rebet cukai tanah. Payah faham antara keengganan serta keangkuhan. Sebab dirinya berjiwa dengan jiwa Umno.

Oleh itu, mana-mana yang terkena penyakit ' Umno' samada sawan Umno, makanan umno (nasi lemak) dan macam-macam lagi segeralah keluar Umno.

Anda masih selamat dan boleh diselamatkan ?





Perwakilan Dalam Kerajaan: Kaum Cina Perlu Buat Pilihan, Kata PM

KUALA TERENGGANU: Kaum Cina di negara ini perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum (PRU) akan datang atau kehilangan wakil dalam Kabinet kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. "Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyong, di sini pada Sabtu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam bahawa MCA tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan pusat dan negeri sekiranya keputusan yang diperoleh oleh parti itu pada PRU akan datang lebih rendah daripada keputusan yang dicapai pada PRU ke-12.

Pada pilihan raya umum lepas, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti tersebut.

Najib berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.

"Mereka kena buat pilihan antara dua. Kalau nak pembangkang maknanya mereka kenakorban parti dalam kerajaan dan kalau nak suara mereka yang lebih untuk bawakepentingan mereka, jadi mereka kena sokong parti komponen Barisan Nasional(BN)," katanya. Perdana Menteri berkata MCA akan memutuskan perkara itu hanya setelah pilihanraya umum akan datang selesai.

"Bagaimanapun mesejnya jelas. Jika anda mahu pembangkang yang kuat, anda perlumengorbankan perwakilan Cina dalam kerajaan tetapi jika anda mahu perwakilanCina yang kuat dalam kerajaan, maka anda perlu mengundi parti komponen BN,"katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata beliau yakin MCA akan sentiasa bersama BN kerana tahu BN adalah sebuah kerajaan yang adil, dan hanya BN yang dapat memastikan kestabilan serta keharmonian di negara ini.

"Rekod pencapaian kami telahpun terbukti, dasar kami diterima oleh semua kaum. Maka MCA, dalam apa jua keadaan, mereka akan tetap bersama BN," katanya.

Sementara itu di MUAR, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata masyarakat Cina akan mengalami kerugian jika tiada wakil MCA di dalam kerajaan berikutan kegagalan parti meraih sokongan masyarakat terbabit pada pilihan raya umum akan datang.

Kata Muhyiddin, beliau tidak mahu melihat perkara itu berlaku tetapi kemungkinan ia terjadi jika masyarakat Cina menolak calon-calon BN daripada MCA pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya harap ia tidak akan berlaku. Barisan Nasional mendukung perjuangan semua kaum, dengan perwakilan yang adil daripada semua kaum," katanya pada sidang media selepas merasmikan secara serentak persidangan perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Pagoh.

Muhyiddin, yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh, berkata keputusan MCA itu mungkin merupakan suatu mesej kepada pengundi supaya menyokong calon BN yang diwakili oleh MCA bagi membolehkan mereka mewakili suara masyarakat Cina dalam kerajaan.

Beliau berkata keputusan MCA itu juga bukan merupakan arahan daripada mana-mana pihak, tetapi adalah pilihan pucuk pimpinan MCA sendiri.

Muhyiddin turut menolak tanggapan bahawa keputusan MCA itu merupakan suatu langkah yang terdesak.

Beliau bagaimanapun melahirkan keyakinan bahawa MCA mampu mengembalikan sokongan masyarakat Cina terhadap parti itu jika ia berusaha keras dengan mengambil daya usaha baru untuk mengembalikan sokongan masyarakat terbabit.

"Jikalau perjuangan MCA adalah selari dengan citarasa masyarakat Cina, sayaberkeyakinan masyarakat Cina akan kembali menyokong calon-calon yang diketengahmenerusi MCA," katanya.- BERNAMA

No comments: