Saturday, May 14, 2011

Sifir mudah kerajaan : Peniaga cekik darah ?

Jika peniaga dilebalkan sebagai pencekik darah, kerajaan cekik apa ? Kerajaan cekik rakyat lah. Kerajaan kena sedar dan ingat sebelum peniaga mencekik pelanggan mereka siapakah yang memulakan cekikan itu.

Bukankah kerajaan yang menaikkan harga barang ? Peniaga mereka berniaga, adakah kerajaan berniaga dengan rakyat mereka ? Cerita Rakyat yang popular sejak dahulu dan sering menjadi pengajaran populis guru di sekolah adalah Bangau Oh Bangau. Generasi muda kini, mungkin tidak tahu kronologi cerita dan unsur-unsur didaktik dalam cerita-cerita rakyat ini.

Dan selepas mencekik rakyat, kerajaan menghebohkan bahawa peniagalah yang bertindak tidak timbang rasa kerana mereka mencekik darah pengguna.

Pantau peniaga cekik darah


ISMAIL SABRI YAAKOB (dua dari kiri) tertarik dengan aksi pembuat teh tarik popular, Mior Sazali Mat Ali di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seramai 1,600 pemantau harga kini digerakkan di seluruh negara bagi mengawasi langkah para peniaga yang mungkin menaikkan harga makanan dan minuman secara melampau berikutan peningkatan harga gula baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi membolehkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas peniaga yang menaikkan harga jualan makanan dan minuman walaupun 10 sen.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen baru-baru ini hanya akan menyebabkan kenaikan harga makanan dan minuman sebanyak 0.4 peratus sahaja.

“Contohnya, harga secawan teh dan kopi cuma naik 0.4 peratus. Jika peniaga menaikkan harga minuman itu sebanyak 10 sen di kedai, kita boleh ambil tindakan undang-undang.

“Jika ada laporan mendapati mereka mengenakan harga tidak masuk akal, tindakan tegas akan diambil,’’ katanya.

1 comment:

syahszam danish said...

sangat betul,kalau sebut kerajaan,1Malaysia,Proton? Jual luar kualiti bagus..dlm negeri nape jual mahal? dah la tu kualiti cam ape? patu kontrol sana sini dan rakyat xde pilihan melainkan terpaksa beli kereta yang hampeh..tgk kat youtube...top gear bbc,ape diorang komen?..kalu bukak je bab Proton,suma gelak..kereta murah,kualiti rubbish..minyak mahal?..negera pengeluar minyak kenapa jual mahal?..gula naik?..nape dulu cina jual harga rendah? nape kerajaan nak jual mahal lak? apa maksud rakyat didahulukan? maksudnya rakyat didahulukan hidap darah kasi kering jadi kuli batak kasi kerajaan duit?...camtu la kot...ini fakta...cuba fikir...mana2 negara pun,ape je hasil bumi atau barang baik buat sendiri,mesti jual murah kat rakyat sendiri...ape ni?