Saturday, May 14, 2011

Satu lagi pembohongan Menteri Umno

Satu lagi bukti pembohongan jelas Menteri Umno. Apa yang mereka cakap, memang tidak dapat masuk akal kita.

Umno tidak pernah gunakan agama. Ya lah tu, tetapi dua tiga minggu lepas kenapa dan mengapa trio video seks melakukan sumpah laknat di masjid Amru Al Ass di ibu negara. Kecoh dan heboh 1Malaya tahu akan sumpah ini, Al Quran digunakan dan masjid di jadikan pilihan mereka. Tv membantu hebahkan bersama media-media yang lain.

Entah lah duduk di masjid dan gunakan al Quran bukan guna atau peralatkan agama entahlah. penulis jahil dan tidak mengaji tinggi.



Umno tidak Pernah Guna Agama Demi Kepentingan Politik - Khaled Nordin

PASIR GUDANG: Umno tidak pernah menggunakan agama atau perlembagaan demi kepentingan politik, kata Anggota Majlis Tertinggi parti Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Sabtu.

Sebaliknya kata beliau, perkara itu dilakukan parti pembangkang seperti PASyang tidak silu menggunakan masjid dan surau untuk aktiviti politik, selainmenggelar pihak yang tidak menyokong mereka sebagai menentang Islam.

"Tidak seperti PAS, kita tidak menggunakan cara yang ekstrem dan percaya kepada kesederhanaan serta bertimbang rasa kepada semua kaum adalah penting," katanya berucap pada perasmian Persidangan Perwakilan Umno Pasir Gudang, di sini.

Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata Umno sentiasa mengutamakankonsep perkongsian kuasa yang menjadi pegangan Barisan Nasional.

Menyentuh perkara berbeza, beliau menyeru anggota Umno agar menggunakan kemudahan teknologi maklumat seperti Facebook, Twitter dan blog untuk berhubung sesama mereka.

Khaled yang juga ketua bahagian itu turut mahu usaha bagi menambah keanggotaan dipertingkatkan kerana langkah yang dilaksana sekarang masih belum mencukupi.

Tahun lepas keanggotaan bertambah kira-kira 850 orang, katanya yang turut mahu Umno Pasir Gudang membantu penduduk yang berhijrah ke kawasan itu dari negeri lain menukar tempat mengundi mereka ke Pasir Gudang.

Buat masa ini terdapat 85,378 pengundi di kawasan Parlimen Pasir Gudang yang mana 25,534 adalah anggota Umno.- BERNAMA

No comments: