Saturday, May 14, 2011

Menteri Umno kaki bohong ?

Menteri Umno JIKA TIDAK BERCAKAP berbohong tidak sah. Semua perkara, di mana-mana sahaja hatta dalam masjid tempat yang sucipun jika ada kesempatan bercakap, mereka akan merelakan diri mereka untuk berbohong. Biarpun isu berkenaan logik atau tidak logik, jika ada peluang dan kesempatan mereka tetap akan berbohong.


Barangkali atau barang kemungkinan salah satu syarat wajib (dgn izin) kreteria untuk menjadi menteri kabinet Umno adalah suka berbohong kuat berbohong dan kerap berbohong. Inilah skala indeks menteri Umno atau KPI bagi seseorang menteri Umno atau mana-mana bakal menteri Umno. Paling kuat berbohong akan menjadi pilihan utama.

Sikap menteri bercakap lidah bercabang, adalah menjadi trend menteri Umno seka dulu. Dan rakyat sudah mangli dan terbiasa dengan teknik pujukan penipuan abad ini. Yang peliknya, rakyat masih terus memberi kepercayaan dan meletakkan keyakinan kepada kumpulan menteri Umno ini. Malah lebih teruk dan ketara, adalah rakyat menjadi penyokong tegar setia kepada Umno.

Buktinya, setiap kali berlaku khasnya kenaikan barang keperluan rakyat menteri Umno terus berbohong dengan rakyat. Terdekat adalah isu kenaikan harga gual pasir 20 sen sekilogram daripada RM2.10 kepada RM2.30 sen.

Kenaikan itu cukup besar, malah sudah 4 kali dalam sesi ini harga gula dinaikkan. Alasan kenaikan tentulah ada, dan paling populis adalah kerajaan cuba kurangkan bebanan rakyat.

Hari ini TPM menyatakan bahawa kerajaan SENTIASA memikirkan rakyat bagi meringankan bebanan rakyat. Sepatutnya menteri berkenaan meletakkan jawatan kerana gagal untuk meringankan bebanan rakyat.

Mana ada dalam sifir akal, barang keperluan baik, kehidupan rakyat semakin baik atau bertambah baik. Entahlah kalau sifir ekonomi Umno dan Menteri Umno yang mengaji ekonomi, dalam kamus kehidupan mereka . barang keperluan naik, kehidupan rakyat semakin baik.

Oleh itu, teringat penulis pepatah yang menyatakan seperti gila babi lagaknya tindakan mereka itu. Namun bagi kita yang rasionalis, babi pun tidak berfikir segila itu.





Kerajaan Sentiasa Cari Langkah Kurangkan Beban Rakyat - Muhyiddin

KUANTAN: Kerajaan memahami kesusahan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan sentiasa mencari langkah untuk mengurangkan bebanan itu, kata Timbalan Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia merupakan satunya-satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat.

"Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat.

"Tidak ada kerajaan lain yang kawal harga, kalau negara lain, mereka bayar dengan harga pasaran sebenar," katanya ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi 1Malaysia di Kampung Sungai Ular sempena lawatan kerja sehari di sini, Sabtu.

Turut hadir bersama kira-kira 1,500 penduduk ialah Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut beramah mesra dengan penduduk kampung berkenaan walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Muhyiddin berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Isnin ini untuk membincangkan langkah jangka panjang menambah bekalan makanan dalam negara.

Beliau berkata kenaikan harga barangan berlaku disebabkan faktor global termasuk perubahan iklim yang menjejaskan negara pengeluar bahan makanan selain pengeluaran minyak dunia yang berkurangan sehingga dirasai semua negara.

"Harga kentang, bawang dan lada kering yang kita import naik, harga gula juga naik dan kita tidak jadi negara pembekal gula, tetapi kerajaan bagi subsidi yang membolehkan kita membayar bukan pada harga sebenar," katanya.

Bagaimanapun katanya, sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan langkah transformasi kerajaan dan ekonomi, pertumbuhan ekonomi negara semakin baik dan pelabur asing melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menguntungkan.

"Walaupun berlaku kenaikan harga barangan, rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM4.4 juta untuk mendirikan masjid baru bagi kemudahan penduduk di Kampung Sungai Ular. -BERNAMA

No comments: