Sunday, May 01, 2011

PRU 13: Tertunggu2 TARIKH YANG DI PROPAGANDA Umno

Anwar meramalkan bahawa PRU 13 akan diadakan pada bulan Ogos ini. Hujah beliau ada beberapa petanda besar yang boleh dijadikan sandaran tarikh PRU13. Pertama, pimpinan Pakatan Rakyat kini dan sedang dilagakan, terutama lagaan mudah melalui usaha propaganda dengan memperbesar-besarkan pandangan atau pendapat masing-masing.

Kini yang sudah berjaya, mengikut agenda adalah 'pertelagahan' pendapat antara Dato Mustafa Ali PAS dengan Timb Presiden PKR Azmin Ali. Dan yang hebatnya Azmin mengeluarkan kenyataan, Mustafa sebagai pemimpin yang sudah tidak relevan lagi, sekadar cari pengaruh.

Walhal isu pokok tidak media besarkan, tetapi lebih kepada releven atau tidak relevan. Yang antara kesannya akan menyebabkan penyokong pemimpin berkenaan akan marah. Ini penting kerana pengauh Mustafa Ali adalah 1 Terengganu, itu media ingat.

Bibit rasa tidak puas hati kalangan pendokong dan penyokong PAS terhadap Azmin, terguris. Malah dengan kelaku Azmin dengan Ezam menjadikan strategi Umno Bn nampak berjaya. Rasa tidak puas hati ditanam, dan memang nampak ia amat berkesan.

Kedua cuti sekolah seminggu bulan Ogos iatu dari 26 Ogos sehingga 6 September. dan 1 ramadhan adalah bersamaan dengan 1 Ogos. Ini adalah zaman umat Islam bakal sedang mengerjakan fardu haji di Mekah. Kelaziman Umno Bn akan memilih tarikh ini sejak dulu kini dan selamanya.

Dan hari ini sahaja seramai, 225 orang ahli PAS Kuala Kedah berbondong bondong memasuki Rumah Umno atau Kem Umno 1 Malaysia. Yang masuk ini semuanya Melayu, (ikut laporan Um hari ini)

Yang pelik MCA makin marah kat Umno. Depa ajak pula DAP bekerjasama dengan Umno. DAP kata terima kasih kami nak kekal dengan Pakatan Rakyat.

Tapi entahlah Bajet belum lagi dibentangkan, tuntutan MTUC dan CUPEACS wajar dipenuhi. kakitangan kerajaan akan digula-gilakan dengan hadiah kenaikan ( gaji sekadar beberapa peratus) Bagi meredakan kemarahan sementara dengan 'serangan' kos sara hidup yang menghimpit dan menyempitkan hidup dan kehidupan mereka. Najib tahu ?


BERITA 1

136,000 Memfailkan Pulangan Pada Mac Akan Mendapat Bayar Balik Cukai


KUALA LUMPUR: Sebanyak 136,000 atau 92% pembayar cukai yang memfailkan penyata cukai pendapatan mereka melalui e-filing daripada 1 hingga 31 Mac lalu akan menerima pembayaran balik cukai mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata, angka itu adalah daripada 147,601 pembayar cukai yang didapati layak untuk bayaran balik.

Mohd Shukor berkata, sehingga pukul 6.30 petang semalam, kira-kira 1.7 juta e-filing telah dibuat.

“Ini adalah satu peningkatan sebanyak 14% atas 1.4 juta borang diterima sehingga 30 April,” katanya pada sidang akhbar, Sabtu.

Katanya lagi, pihaknya telah berjaya menjimatkan RM11.9mil disebabkan peningkatan orang awam membayar cukai melalui sistem e-filing.

“Kos setiap set borang berharga sekitar RM7 setiap penyata cukai. Dengan penggunaan sistem e-filing kita berjaya menjimatkan RM11.9mil,” katanya.

Mohd Shukor kata, melalui sistem e-filing, yang kini pada tahun kelapan, adalah satu bentuk penjimatan masa untuk LHDN dan pembayar cukai.

“Bukan sahaja boleh kami proses membentuk lebih cepat, tetapi pembayar cukai boleh melihat lejar cukai mereka dalam talian juga. Mereka tidak perlu menunggu untuk kami menghantar kenyataan mereka,” katanya.



BERITA 2

225 anggota Pas Kuala Kedah sertai UMNO

01/05/2011 12:56pm

ALOR SETAR 1 Mei - Seramai 225 anggota Pas Kuala Kedah yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyertai UMNO.

Ahmad Marzuki, Ketua Pas cawangan Lahar Buluh, Kuala Kedah sebelum ini, mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah pada satu majlis di pekan Kubang Rotan, dekat sini semalam.

Ahmad berkata mereka bertindak keluar Pas kerana sudah tidak percaya dan yakin dengan cara Azizan dan Pas mentadbir negeri kerana tidak menunaikan janji-janji pilihan raya kepada rakyat.

"Kami yang setia tertunggu-tunggu janji pemimpin Pas tetapi sampai sekarang satu apapun tidak mereka tunaikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO itu.

Latt Shariman berkata pintu UMNO Kuala Kedah sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertainya termasuk anggota Pas. - Bernama


BERITA 3


MTUC minta kerajaan laksana enam tuntutan

01/05/2011 2:29pm

PETALING JAYA 1 Mei - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mengulangi desakan supaya kerajaan segera melaksanakan enam tuntutan yang diperjuangkan mereka selama ini.

Naib Presiden MTUC, A. Balasubramaniam berkata, tuntutan itu ialah penetapan gaji minimum RM900 sebulan, mengurangkan waktu bekerja kepada 40 jam daripada 48 jam seminggu dan penetapan usia tamat tempoh perkhidmatan kepada 60 tahun.

MTUC juga menuntut supaya kerajaan memberikan faedah persaraan yang dikira berdasarkan kepada sebulan gaji bagi setiap tahun perkhidmatan pekerja, menghapuskan sistem kerja kontrak dan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat termasuk menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja.

"Sempena sambutan Hari Pekerja ini, kita minta kerajaan dapat mengambil tindakan segera (terhadap tuntutan ini). Janganlah dilengah-lengahkan terutama mengenai pelaksanaan gaji minimum.

"Ini kerana berdasarkan statistik kerajaan, masih terdapat sebanyak 34 peratus daripada pekerja menerima gaji rendah iaitu di bawah garis kemiskinan,” katanya kepada pemberita pada perhimpunan Hari Pekerja anjuran MTUC bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Turut hadir ialah bekas Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud dan Pengerusi MTUC bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan N. Gopal Kishnam.

Balasubramaniam berkata MTUC juga meminta kerajaan mengurangkan pengambilan pekerja asing sebaliknya memberi peluang kepada pekerja tempatan untuk menceburi sektor swasta terutama dalam sektor perkilangan.

"Kita (MTUC) ada terima aduan daripada kesatuan yang menyifatkan majikan mengamalkan diskriminasi terhadap pekerja tempatan dan mengutamakan pekerja asing,” katanya.

Beliau juga berkata hanya sembilan peratus daripada pekerja di negara ini yang menyertai kesatuan pekerja.

"Setakat ini jumlah ahli adalah seramai hampir 620,000 orang dari 272 kesatuan, namun yang aktif adalah seramai 530,000 orang,” katanya yang turut meminta majikan menganggap kesatuan adalah rakan kepada syarikat dan bukannya sebagai beban.

Kira-kira 400 orang yang mewakili pelbagai kesatuan sekerja menghadiri perhimpunan berkenaan. - Bernama


BERITA 4

BN tetap perjuangkan kepentingan berbilang kaum

01/05/2011 5:04pm

KUALA LUMPUR 1 Mei - Barisan Nasional (BN) akan terus memperjuangkan kepentingan rakyat berbilang kaum di negara ini dan tidak akan meminggirkan parti-parti komponen lain walaupun ditakdirkan Pas menyertai parti itu.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, BN tidak mengharapkan Pas menyertainya namun saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya parti itu meninggalkan pakatan pembangkang adalah atas dasar perjuangan sesama kaum Melayu yang beragama Islam.

"Kita tegas dalam UMNO, perjuangan kita dan 1Malaysia konsisten. Tak ada masalah. Kita berjuang untuk agama, bangsa dan negara dan pada masa yang sama kita jaga semua,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Cheras di sini, hari ini. - Bernama



No comments: