Punca kemarahan guru bukan kerana 4Sabtu dipanggil ke sekolah. tetapi banyak lagi ynag menjadi punca sama kemarahan para guru. Jika 4kali Sabtu dipanggilpun nasib sesetengah mereka yang 'terkena' dengan sistem yang kerajaan buat juga menjadi contoh kemarahan mereka.
Antaranya janji kerajaan mahu memberikan 3 anjakan kenaikan gaji JIKA GURU MELANJUTKAN PELAJARAN DAN MEMILIKI SARJANA. tidak terlaksana sudah 10 tahun lebih janji tinggal janji.
Kenaikan pangkat lambat, berbanding dengan rakan-rakan bukan guru. Sesetangah orang menempelek lu pegilah tak payah jadi guru, menoreh lagi baik. Kalau ada tanah tanam getah masa ni.
Kenaikan gaji atau pelarasan pada PRU12, guru-guru DG29 yang menyambung pelajaran dilantik ke DG3 atau la ni DG41. Tidak balik modal, dengan DG 29 atau guru-guru DG32 ke bawah dinaikkan 30 % tetapi guru-guru DG41 naik 41. Masa itu berlaku lantikan antara guru Dg29 mahu dilantik ke DG41. Balik-balik hutang tabung RM25 ribu. Beda dengan kawan-kawan di sekolah rendah yang tidak sambung belajar RM10 sahaja, malah ada yang lebih bila mereka sudah dianugearhkan melintang menegak yang duduk tangga gaji di P3, bayangkan ..marah ke dak
Kini, kerja-kerja mendidik kurang banyak sangat dokumentasinya.
Bagi guru displin risiko kena belasah dan macam-macam kerja macam polis siasat ke balai soal siasat disoalsiasat ibubapa macam-macam. Kata nak bagi elaun khas, habuk pun tarak.
Umur dah tua, hutang tak habis , nak pegi haji lambatlah hutang tak selesai. Last-last berhutang kerana nak juag pegi haji.
Kerja hari Sabtu punca guru marah - NUTP
KUALA LUMPUR - Sikap segelintir guru besar yang suka mengarahkan guru sekolah datang bekerja pada setiap hari Sabtu antara aduan yang banyak diterima Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Presidennya, Hashim Adnan berkata, arahan sedemikian menyebabkan guru merasakan diri mereka dibebani dengan pelbagai aktiviti sehingga mengorbankan waktu dengan ahli keluarga.
"Walaupun kerajaan sudah memberi dua hari Sabtu dalam sebulan sebagai cuti, ada sesetengah guru besar masih memberi arahan bahawa guru-guru perlu hadir ke sekolah pada hari berkenaan.
"Macam-macam aktiviti hendak dibuat ketika hari cuti itu, mesyuarat, latihan dan kadangkala tiada apa-apa pun kena suruh datang sekolah. Itu antara yang buat mereka (guru) marah-marah," katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.
Menurut Hashim, aduan sedemikian diterima NUTP ketika pihaknya mengadakan mesyuarat selain menerima surat daripada guru-guru di seluruh negara.
Menurutnya, ada juga aduan mengatakan sesetengah guru besar membuat ugutan kepada guru yang tidak hadir pada hari Sabtu.
No comments:
Post a Comment