Thursday, May 12, 2011

Jeritan ibu tua, ditepi jalanan bersama dagangannya

Cemas dan lemas memikirkan kenaikan harga barang. Bermula sejak 3 hari lepas kerajaan umumkan harga gula naik 20 sen sekilogram. Kerajaan meletakkan bermacam-macam alasan sebab-sebab kenaikan, paling ampuh adalah senjatanya perkataan keramat itu, iaitu SUBSIDI.

Kerajaan SUDAH TERLALU lama dan terlalu banyak memberikan kepada rakyat subsidi., Benarkah begitu, puas rakyat memaksa diri mereka agar menelan alasan demi alasan sama setiap kali berlaku kenaikan harga barang keperluan rakyat.

Mereka khasnya berbangsa Melayu tetap setia, apa sahaja alasan , apa sahaja hujah ,malah apa sahaja yang kerajaan mahu buat tidaklah mereka bantah dan halangkan. Mereka yang setia dengan kerajaan yang ada redha menerima apa adanya. Pendekata kerajaan bebeas melaksanakan apa yang mahu dilaksanakan.

Itulah nilai dan budi rakyat yang sama juga meraya dan menyambut kehadiran 65 tahun parti Umno.

Namun, penulis ingin paparkan kisah bagaimana , seorang ibu tua di Bota Kiri yang dikeleilingi kehidupannya bersawah padi sekangkang kera, dengan menumpang tanah orang secara ehsan daripada penduduk tempatan berdekatan Titi Gantung, beliau berhijrah ke sini sejak lebih 30 tahun lalu dari Kedah, menetap mengerjakan sawah padi secara pawah di situ turut mengeluh panjang, pisang yang dijadikan jualan ditepi laluan utama antara Ipoh Lumut tidak lagi dikunjungi pengunjung. Buah pisang dan hasilan dagangan lain-lain suram dan memuramkan seperti juga paparan wajahnya.

Namun demi setiap nasi beliau tabah menerima dan menerima apa adanya, kerana tidak terdaya melawan dan bising seusia begini. Inilah hidup dan kehidupan jerit hati kecilnya, korban dan dikorbankan, tetapi keperitan hidup telah mendewasakan dirinya. Mengajar apa itu hiudop dan kehidupan, anak-anak yang besar panjang berkeluarga tinggal berjauhan gelandangan di kota raya demi mengejar impian hidup dan meneruskan kehidupan selesa masing-masing.

Ibu tua ini reda dan meredakan dirinya , dengan keadaan nya. Dan akhirnya beliau lontarkan satu persoalan perpisahan kepada penulis, apa sumbangan kerajaan kepadanya. Kerana beliau telah memberi sokongan demi sokongan kepada kerajaan yang ada. Apa salah saya , apakah kami rakyat yang mahu diperalat dan diperkuda serta dipergunakan semasa perlu sahaja.


Gula adalah keperluan hidup, mak cik acap / sokmo guna. Zaman pasca merdeka gula mudah didapati , mak cik bebas buat kuih itu ini, sampai la ni, tak pun penyakit kencing manis, ingat mak cik makan gula start daripada muda anak oi... jelas beliau

Nasib-nasib anak oi, sebab kami orang kampung tak pandai.... di akhir kata-kata keluhan panjang secara sinis kepada penulis.


No comments: