Sunday, May 15, 2011

Hari Guru 16 Mei: rakyat didahulukan, guru ditipu lagi

Esok adalah 16 Mei, ini bermakna esok adalah diwartakan sebagai hari memperingati guru, jasa-jasa guru. Kerajaan macam rancangan realiti Tv juga, bakal membuat kejutan kepada warga guru yang mencecah 420,000 seluruh Malaysia.

Apakah bentuk hadiah itu, samada tambah beban atau terlepas beban ? Lazimnya jarang lah kerajaan mahu 'meringankan beban'.

Belum pun sampai masanya kerajaan sudah menguar-uarkan bahawa masa bagi subjek BI akan ditambah. Dan mungkin sesi pembelajaran bagi para pelajar sampai jam 4 petang.

Inilah hadiahnya ?

Kementerian kaji kelas tambahan BI


KUANTAN - Kementerian Pelajaran akan mewujudkan kelas tambahan Bahasa Inggeris (BI) di sekolah kebangsaan dan menengah sekiranya penguasaan pelajar sekolah terhadap bahasa itu dilihat masih tidak memuaskan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada ketika ini, Kementerian Pelajaran sedang memantau tahap pencapaian penguasaan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah.

"Saya akan teliti perkembangan ini dari semasa ke semasa dan jika terdapat sebahagian besar pelajar masih lemah menguasai bahasa tersebut, kita akan wujudkan kelas tambahan atau tuisyen yang akan diadakan pada setiap hujung minggu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama warga pendidik Pahang di sini semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelbagai usaha dilakukan ketika ini termasuk mewujudkan program pembelajaran dengan menyediakan kurikulum, guru terlatih dan makmal bagi melihat penguasaan pelajar terhadap bahasa itu tercapai.

Beliau berkata, kementerian juga telah menempatkan 10,000 guru Bahasa Inggeris di sekolah supaya sistem pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. - Bernama


KUANTAN 14 Mei - Para guru bakal menerima berita gembira apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu beliau akan mengumumkan sesuatu untuk mereka sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengumuman tersebut akan menyuntik semangat para guru yang sanggup berkorban demi mendidik anak bangsa.

"Insya-Allah ada berita baik akan diumumkan kerana peranan guru amat penting bukan sahaja mendidik tetapi membangunkan negara dalam semua bidang.

"Paling utama ialah soal menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan sasaran menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020," katanya pada sidang akhbar di majlis bersama warga pendidik, pertubuhan bukan kerajaan dan penduduk mukim Beserah di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Muhyiddin memberitahu, kerajaan telah menggariskan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang akan menyediakan peluang pekerjaan serta tenaga kerja terlatih dalam semua bidang.

Katanya, terdapat 12 sektor ekonomi perlu diisi dengan tenaga kerja terlatih yang merupakan cabaran besar untuk disediakan dalam tempoh 10 tahun akan datang dan menuntut komitmen padu daripada warga pendidik.

Tambahnya, tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi menerapkan sifat baik, berakhlak dan berbudi pekerti kepada pelajar.

Justeru katanya, dalam tempoh akan datang, Kementerian Pelajaran akan membantu warga pendidik daripada segi kebajikan guru, perjawatan, peralatan dan infrastruktur bagi membantu meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran.


1 comment:

Putra Armada said...

Salam.. Paling malang anwar kaki seks pun menipu Tok Guru Haji Hadi yg dangkal dlm politik semasa.. PAS telah lama menipu dgn Quran n Hadith.. Allah pun PAS nak tipu ttg kelayakkan masuk syurga.. Adoi...