Monday, May 02, 2011

Benarkah Osama sudah meninggal ?

Kecoh dan dunia digemparkan menyambut 'berita' kematian Osama Laden. Orang yang dikehendakki oleh AS, yang dianggap sebagai musuh No 1 AS. Dan sebagai balasan Osama pula mengisytiharkan AS sebagai Syaitan Al Akhbar.

Osama menjadi liabliti kepada mana-mana Presiden AS. Bush yang mengejar dan Obama yang Islam itu dapat memerangkap. Osama ibarat seperti tikus, teknologi kepakaran serta kecekapan teknologi AS terpaksa ambil masa yang lama bagi 'membunuh'nya.

Namun, bagi orang yang beriman, kematian adalah lumrah. Kita tidak menerimanya bulat-bulat. Entah-entah Osama sedang mentertawakan dunia dengan lakonan AS itu.

Hari ini, sahaja bermakna semalam rata-rata rakyat AS yang bencikan keganasan dan kepengganasan merayakan kejayaan tentera mereka membunuh Osama dengan menari-nari serta menjerit-jerit di seluruh pelusuk AS.

Begitulah, hebat dan geramnya rakyat AS yang menganggap semua yang berada di luar adalah sebagai manusia yang tidak bertamadun.


No comments: