Monday, May 02, 2011

APAKAH SALAH OSAMA LADEN & PERJUANGANNYA !!

Jahatkah Osama Ben Laden ? Beginilah persepsi dan pandangan songsang seorang pimpinan negara yang mengaku negara Islam pulak tu (zaman Dr M-Malaysia Negara islam).Entahlah zaman Najib 1Malaysia Bapa email, Malaysia negara benda ?

Salahkah Obama dan perjuangan Obama, yang membela dengan 'kekuatan diri dan material' terhadap umat seagama. walaupun kita miliki berjuta wajah tetapi kita tetap 1AQIDAH.

Kita tidak risau dan tidak perlu terkejut dengan anak-anak islam yang terdidik dan mendapat pendidikan Barat. Jika yang beraya kembali ke akar budi, tidaklah kita pelikkan, tetapi kalu dah masuk asap dan air dalam kepala spt menteri dalam negeri, jadi payah.

Jika kita tidak suka hanya berdiamkan diri sahaja.






Berita 1

Kematian Osama: Polis pertingkat kawalan keselamatan

KUALA LUMPUR 2 Mei - Polis kini meningkatkan kawalan keselamatan di lokasi penting di seluruh negara sebagai langkah berjaga-jaga berikutan laporan kematian pemimpin kumpulan pengganas al-Qaeda Osama bin Laden.

Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman, ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata, langkah itu bagi memastikan rakyat negara ini bebas daripada sebarang ancaman keselamatan yang mungkin timbul ekoran laporan tersebut.

“Pihak polis telahpun meningkatkan lagi langkah-langkah keselamatan di kawasan berkepentingan

dan sensitif,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.


Berita 2

Harap kematian Osama bawa keamanan sejagat - Hishammuddin

KLUANG 2 Mei - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap kematian pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Pakistan hari ini dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.

Namun, beliau memberi amaran bahawa perjuangan kumpulan yang terlibat di dalam beberapa serangan pengganas di seluruh dunia itu tidak berkisar kepada seorang individu sahaja.

"Saya harap ia (kematian Osama bin Laden) akan me


njurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama,” katanya kepada pemberita selepas persidangan perwakilan UMNO Bahagian Semberong yang dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di sini.

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden dan Ketua UMNO Bahagian Semberong, berkata adalah amat penting bagi semua pihak untuk memahami punca yang menyebabkan kelahiran gerakan militan.

Pemimpin al-Qaeda kelahiran Arab Saudi yang hidup di dalam persembunyian itu dilaporkan terbunuh di dalam satu operasi khas tentera Amerika Syarikat di sebuah rumah di bandar Abbotabad, berdekatan Islamabad. - Bernama


No comments: