Saturday, April 30, 2011

Satu lagi Kerja Gila: Kata Islam Tidak Boleh Bercampur Politik

Bagi mana-mana orang yang berakal dan mempunyai akal secara waras, era politik Melayu Malaysia yang dimainkan oleh ahli-ahli politik Melayu cukup menjijikkan. Dan langsung tidak menampakkan kematangan serta tidak nampak realnya dan tidak pro.

Berhubung isu Anwar, satu manusia yang sentiasa didendami, diserang, mahu dimalukan, malah mahu dibunuh masa depannya. Ironisnya, mudahnya kerana manusia atau individu ini dapat memberi kesan dengan keberadaan dalam politik Malaysia dan ancaman daripadanya merupakan satu liabiliti kepada keberadaan pimpinan politik Melayu Umno dalam negara ini.

Selepas Lewat Fasa 1, yang berjaya memenjara Anwar selama 6 tahun di Sg Buloh. Beliau 'berjaya' dimalukan dan terhukum. Keputusan itu telah memuaskan sebahagian ahli-ahli politik Melayu tertentu, namun selepas dibebaskan 6 tahun. Beliau sebaliknya diangkat menjadi hero. Kebebasannya menjadi pemangkin baru berlaku beberapa lonjakan baru dalam suhu politik negara. Malah, selepas beliau dikeluarkan dari penjara kumpulan parti pembangkang dibentuk olehnya menjadi satu gabungan kuat. Umno dan Bn terpukul lagi, versi liwat mereka gagal.

Kini disusuli sebelumnya liwat Fasa II, mula nampak berjaya, tetapi jadi kartun dengan kegelojohan tindakan tanpa memikirkan penipuan secara terancang dan cermat. Kumpulan politik Melayu yang terdesak ini membuat 'cerita' baru dengan aksi video seks murahan. Isinya Anwar membaham pelacur Cina. Langsung tidak real dan memuakkan ramai orang.

Jalan pintas terakhir adalah mempolitikkan video berkenaan, cuma bagi mereka Islam sahaja yang tidak boleh dipolitikkan, tetapi mereka bersumpah tu enatahlah bukan cara Islamlah gamakknya.

Saksikan manusia yang mahu melihat gelagat manusia ?

ku dan Anwar berada dalam paparan video'


ORANG ramai memenuhi Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul semalam.


KUALA LUMPUR - Datuk Shazryl Eskay Abdullah meneruskan niatnya melakukan sumpah laknat walaupun terdapat cubaan sabotaj para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggagalkan niat ahli perniagaan itu untuk membuktikan bahawa Anwar merupakan pelaku lelaki dalam rakaman video seks dengan pelacor yang mula tersebar sejak 21 Mac lalu.

Upacara sumpah laknat selama kira-kira lima minit itu dilakukan oleh Shazryl yang turut mewakili bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini semalam.

Rahim dan Shuib duduk bersama Shazryl ketika sumpah laknat itu dilafazkan.

Sumpah laknat itu terpaksa dilakukan pada pukul 4.20 petang selepas ditunda dari pukul 2 petang kerana berlaku ketegangan yang dipercayai membabitkan kumpulan penyokong parti pembangkang.




Shazryl melakukan sumpah laknat tersebut selepas seorang pendakwah bebas, Firdaus Supri memberi penerangan kepada trio Datuk T tentang risiko bagi orang Islam yang melakukan sumpah laknat jika perkara itu tidak benar.

Sumpah laknat itu bersaksikan Timbalan Imam Masjid Amru Al-As, Ezhan Shahril Md. Piah.

Selain itu, terdapat kira-kira 200 orang menyaksikan Shazryl melafazkan sumpah laknat tersebut.

Anwar yang dicabar oleh trio Datuk T untuk sama-sama melakukan sumpah laknat itu bagaimanapun tidak hadir ke masjid tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


No comments: