Rata-rata sesiapa sahaja yang menjadi Menteri Pelajaran Malaysia, berusaha untuk membuahkan sesuatu idea baru bernas dan ampuh yang dikenangi kelak oleh ramai orang. Menteri Pelajaran sudah puluhan orang, kini adalah Tan Sri Mahyuddin Yassin menjadi Menteri Pelajaran yang juga seorang TPM Malaysia.
Dari segi kedudukan nya dalah cukup hebat. Namun malang bagi kita adakah Mahyuddin akan dikenali sebagai Menteri Pelajaran Nasi Lemak sahaja.
Cuba bayangkan bagaimanakah, kes nasi lemak zamannya gagal diselesaikan 'segera' dan kini selepas selesai PRN Sarawak yang Taib sudahpun mengangkat sumpah menjadi KM Sarawak. Isu nasi lemak gagal dibereskan oleh kementerian beliau.
Kini masih lagi terkial-kial mencari kata pemutus samada nasi lemak hendak dijual setiap hari, separuh hari dan tiada hari.
Entahlah nanti kot Dato Bandar minta orang di kg Baru jangan jual nasi lemak pula. Nampaknya kes nasi lemak akan menjadi salah satu isu besar negara.
Apa pula kata Menteri Kabinet yang menjaga keberadaan peniaga nasi lemak di Kg Baru yang bakal menjadi perkampungan konglomeret sedikit masa lagi.
Kita minta Mahyuddin ke Kelantan pula selepas selesai nasi lemak, tengok-tengokkan mana-mana kuih muih yang banyak gula pula di Kelantan atau Terengganu. Kerana kedua-dua para penguasa kantin di Kelantan dan terengganu mesti masak manis manis dan menjual kuih muih manis dan air manis manih.
1 comment:
Patutlah negara ni jadi macam ni...ada menteri pun menghabiskan duit bayar gaji jer....
Post a Comment