Dengan isu ketiadaan air di UUM Kedah dan rebet cukai tanah UUM serta masalah air di Kelantan. Kedua-dua buah negeri yang diterajui oleh kepimpinan PAS dikira sebagai gagal. Mujurlah yang menkatogerikan gagal itu adalah dilabelkan oleh penulis-penulis upahan Umno yang cetek dan dangkal perkiraannya.
Jika masalah air dan cukai tanah sesebuah negeri dikira gagal. Maka Pahang termasuklah juga yang diperintah oleh Umno juga gagal. Masalah air yang berlarutan di Bera, 3 minggu lepas kes air bersih menular di Temerloh juga.
Justeru dengan mengambil kesimpulan mudah, penulis Umno tadi maka gagallah sesebuah pentadbiran.
Ukuran kejayaan berdasar air , maka Selangor boleh dikira berjaya kerana 'mengalami lebihan air'. Kerajaan negeri malah memberi potongan rebet air percuma rumah yang bawa 20 meter padu.
Di Kedah, Audit Negara memuji kerana berjaya mempertingkatkan beberapa segmen yang dulunya zaman Bn hasil negeri gagal dikutip. Contoh Premium Balak Kedah berjaya 200% kutipan setahun berbanding zaman BN Umno memerintah. Juga kutipan cukai tertunggak tanah berjaya ditingkatkan 100% daripada zaman Umno Bn yang gagal mengutipnya dengan baik. Pusat Pemyembelihan Babi dalam Majlis Perbandara Alor Star di bandar Alor Star berjaya diselesaikan.
Inilah sekadar beberapa bukti yang mahu dipaparkan kepada penulis upahan Umno yang benak dan senak kepalanya dipenuhi air, gagal dapat berfikir secara waras dan sihat. Inilah penyakit zaman berzaman bila apa sahaja yang dikaitkan dengan umno dan umno.
No comments:
Post a Comment