Wednesday, April 20, 2011

Pembangkang boleh but janji kerana mereka hanya pembangkang ?

Sebentar tadi penulis baru sahaja mengikuti secara tidak langsung penerangan daripada seorang Pegawai Penerangan Jabatan Penerangan Malaysia. Majlis penerangan ini diadakan di salah sebuah sekolah menengah di daerah Bera.

Banyaklah lontaran-lontaran, semua baik berkisar duduknya slogan 1Malaysia. Khususnya kita mesti hidup bersatu padu tanpa kira mengira soal bangsa. Soal kontrak sosial, soal perpaduan, soal tanah air, soal dengkinya parti PAP yang mengacau keharmonian kita , Justeru banyaklah benda dikaitkan, termasuklah kita bersyukur negara kita kaya, tidak macam di Afrika yang nak makanpun tidak dapat. Inilah namanya 'bijak' pemimpin kita memerintah negara kita.

Audiennya para pelajar sekolah, seronak bukan main bebudak ini. Dalam pada itu, jika lah penceramah yang bercakap itu bukan seorang pegawai Jabatan Penerangan rasanyan sudah tentu dia boleh disabitkan dengan Akta Hasutanlah agaknya.

Dan yang teramat menariknya, pembangkang hanya pandai janji. Sebab pembangkang memang boleh berjanji sebab hanya nak berjanji, buat belum tentu, sebab mereka hanya pembangkang. Apa yang perlu ditakutkan bukannya bermodal sangat dengan janji itu.

Kerana mereka tidak perlu takut mereka pembangkang sahaja. Jika menjadi kerajaan kenalah berhati-hati dengan janji tersebut. Inilah yang memanaskan penulis. Pembangkang memanglah boleh berjanji kerana mereka bukan kerajaan, jika dicabar sekalipun maka pembangkang boleh jawab




No comments: