Monday, April 18, 2011

SPR: Pengerusi cakap pakai kepala lutut ?

SPR memang salah satu daripada cawangan Umno. Kelmarin PRN Sarawak ke 10, hasilnya Pakatan Pembangkang menidakkan keputusan 'sapu bersih' Bn di Sarawak. Pakatan memenangi 15 darpada 71 kerusi yang dipertandingkan, Bn hanya mampu kekal bertahan hanya 54 kerusi sahaja. Kerusi kawasan maju dan bandar disapu bersih DAP dan 3 kerusi lagi oleh PKR.

Pengerusi SPR, Aziz yusof paling kelakar menjadi jurucakap kerajaan Umno Bn. Katanya kerajaan habiskan wang untuk pengangkutan heli di sarawak kali ini hanya RM17 juta sahaja. Sebelum itu masa rashid jadi pengerusi perbelanjaannya mencecah RM40 juta.

Maknanya dia lebih cekap daripada pengerusi SPR terdahulu. Kedua beliau marah kepada beberapa blog yang menyiarkan 'keputusan tidak rasmi' lebih mendahului daripada SPR. Ini katanya boleh 'memudaratkan' suasana dan dan memberi kesan tidak baik.

Nah, lihat dia teramat sayang kan Umno, kerana jika rakyat tahu kerajaan 'pilihan mereka' menang maka konco-konco Umno bn dapatlah bawa 'pelari' fail ke apa2 aje di pejabat SUK, macam negeri2 yang yang pernah jatuh ke tangan pembangkang tempoh hari.

Dia ingat apa keputusan dan laporan borang 14 yang SPR keluar dan diberikan sesalinan kepada para 'petugas' itu akan sampai Bilik Operasi parti lebih dahulu, dan itu adalah hak dalam perlembagaan. dan menjadi hak pembangkang menghebahkan keputusan itu kepada yang mahu tahu keputusan itu, jadi rakyat yang memilih wakil2 mereka jadi mereka berhak tahulah.

Jika begitu kita mintaklah SPR sahaja pilihkan wakil rakyat bagi mereka. Pengerusi SPR bercakap gunakan 'kepala lutut' daripada gunakan kepala hotak dia.

Peranan SPr sebagai badan bebas yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. justeru integriti 'bebas' itu hendaklah dijaga. Pengerusi SPR tidak berhak bercakap sedemikian , beliau hanya penjawat awam sahaja.

Justeru situasi ini hendaklah kita perbetulkan ? Kini SPR nampak makin parah, Orang no 1 SPR memanglah dipilih dikalangan pengampu yang ampuh. Maka ampulah secara berpada-pada jangan mengada-ngada sudahlah.

No comments: