Thursday, March 03, 2011

PRK Kerdau: Jabatan Pendaftaran Negara juga diperalatkan

KERDAU: Apakah puaka kekalahan yang Umno dan Bn takutkan, kelmarin mereka 'marah' dan takut bagaimana konon poster calon PAS sdr Hassanuddin Salim tertera logo kerajaan negeri Pahang katanya. Menurut SPR ini adalah 'amat' menyalahi peraturan-peraturan pilihanraya. PAS tiada etika dalam soal ini. Logo rasmi Pahang tidak diizinkan bersama poster calon PAS. ianya salah.

Cerita parti pembangkang PAS tidak beretika dan tidak mematuhi peraturan pilihanraya adalah siri deretan cerita-cerita basi. Jika mahu bercakap soal etika , dan moral Bn haru scermin diri mnereka dahulu. Kelmarin sahaja telah dimaklumkan iaitu sebelum proses penamaan calon Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) Temerloh secara terang-terangan beroperasi dengan membuka waktu pejabatnya pada hari Sabtu dan Ahad lepas untuk 'menjalankan' tugas-tugas khas. Dioberitakan beberapa buiah van yang sarat dengan orang India naik dan masuk ke pejabat berkenaan bagi tujuan urusan dengan JPN. ramai sasksi melihat dan memerhatikan telatah dan gelagat mereka. Mungkin mereka ini diarahkan untuk membuat kad-kad pengenalan sementara. Buktinya semua mereka yang bekerja atau kakitangan di Bangunan Persekutuan Temerloh tahu dan maklum tentang perkara berkenaan.

Berbalik soal lambang Pahang, maknanya lambang itu terlalu amat suci sehingga tidak boleh dicemarkan. Hatta meletakkan lambang atau logio negeri pahang menjadi satu kesalahan yang cukup besar. Pihak pemantau PPKR yang sentiasa memantau 'kesucain perjalanan' pilihanraya nampak sangat dan buka mata sangat terhadap hal ini.

Pihak pembangkang harus bersabar kerana ruang yang ada masih lagi dapat digunakan.

No comments: