Thursday, March 03, 2011

Kerdau: calon Bn Umno BN bersandiwara lagi

KERDAU: Penduduk Kerdau tidak mahu LCCT atau MRT, tetapi mereka hanya mahukan kebajikan mereka dijaga, itulah kata-kata yang terhambur daripada mulut calon Bn Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad semasa diinterbiu oleh sebuah stesen tv semalam. ianya disiarkan ke seluruh negara.

Sekaligus ucapan tersebut jelaslah Syed Ibrahim sendiri tidak bersetuju dan menempelek secara sinis tindakan kerajaan pusat membuat projek MRT di Lembah Klang. Projek ini menelan kos berbillion bagi menampung manfaat 1.5 juta penggunaa pengangkitan awam di Lembah klang. Projek ini akan siap menjelang 2013 akan datang.


Umno di Kerdau nampak menjuarai projek rakyat hanya semasa pilihanraya kecil sahaja. Ini adalah salah satu lagi bentuk sandiwara Umno Bn bagi mengabui mata rakyat mereka adalah pembela sebenar rakyat. Hakikatnya adalah berpura-pura belaka.


Justeru pengundi di Kerdau diminta menolak Umno pada kali ini. Tujuan untuk menyatakan sikap terhadap ketidaktelusan, ketidak jujuran dan sandiwara lakonan membela rakyat yang hanya menjadi tatapan agenda media, bukan agenda perjuangan teras mereka bagi membela rakyat.


No comments: