Wednesday, March 02, 2011

PRK Kerdau: Jabatan Pelajaran dibabitkan pula

KERDAU: Umno semakin terdesak bagi mengekalkan kemenangan Dun Kerdau di tangannya. Umno dengan wewenangnya memperalatkan semua segmen dan jentera kerajaan secara maksimum. Terkini adalah kerahan besar-besaran serta secara meluas iaitu semua guru-guru yang terlibat sebagai pengundi dalam Dun Kerdau bakal dihimpunkan pada 3 Mac 2011 di Temerloh.

Arahan pertemuan atas taklimat berkenaan telahpun dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh dan mengarahkan kerjasama 4 PPD yang lain iaitu Bera, Jerantut, Maran dan Bentong mohon guru yang disenarai pendek itu dapat hadir ke program berkenaan. Yang peliknya nama guru yang tersenarai itu adalaha terdiri daripada nama-nama guru yang terlibat itu semuanya mereka yang mengundi dalam Dun Kerdau sahaja. Guru-guru lain tidak pula dijemput ke taklimat berkenaan.


Taklimat NKRA Pendidikan ini bakal dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato Fuad Darkasi. Dimaklumkan sesi Taklimat akan dijalankan bukan secara serentak tetapi pertemuan secara bergilir - gilir dengan 42 orang guru sekali bertemu.
Sesi taklimat diadakan sebanyak 4 kali dalam waktu yang berbeda-beda, mulai esok.


No comments: