Wednesday, March 02, 2011

Isytihar keluar Umno: Undi Felda mulai tergugat

KERDAU: Persaingan PRK Kerdau menarik. Umno semakin kalut dan tertekan serta mengelabah biawak. Kelmarin seramai 12 orang ahli Umno cawangan Jengka 25 mengumumkan mereka keluar daripada parti Umno dan masuk PAS.

Felda Jengka 25 adalah salah satu daripada 3 peti Undi Felda yang terdapat dalam Dun Kerdau. Dan undi Felda adalah fix deposit Umno dalam memenangi mana-mana pilihanraya selain undi pos.

Pengisytiharan keluar, 12 ahli Umno dibuat semasa YB Tuan Guru Presiden PAS berkunjung ke Felda berkenaan pada sebelah malamnya dalam program lawatan ke petiUndi berkenaan dalam rangka memberi suntikan semangat kepada para petugas parti PAS.

situasi ini memberi impak positif dan kekuatan semangat luaarbiasa kepada PR amnya dana PAS khasnya dalam terus memperjuangkaan pembelaaan nasib rakyat terbanyak.

No comments: