Tuesday, March 01, 2011

PRK Kerdau: Strategi Pemimpin Kerajaan dan Umno Tabur Janji


KERDAU: Kenyataan MB Pahang bahawa kawasan N28 Kerdau cukup membangun ternyata adalah meleset. Kempen menaburkan janji pimpinan Umno Bn kepada rakyat mula dialunkan dan didendangkan. Iaitu mengulangi siri-siri menaburkan janji-janji manis bilamana setiap kali pilihanraya kecil diadakan.

Kelmarin PM sendiri dengan bangga dan tanpa rasa segan menjanjikan peruntukan kepada penduduk Batu Sawar RM9.25 juta untuk menaikkan taraf loji air. Loji air yang cukup bermasalah itu sudah menjangkau usia puluhan tahun terabai.

Selain itu juga, PM sendiri turut menjanjikan peruntukan segera pada Dewan Terbuka Kg Seri Kerdau kawasan kejiranan masyarakat Cina sejumlah RM150,000 Balai Bomba Sukarela RM150 ribu dan RM100 ribu Kuil Hindu Kerdau.

Manakala bagi Noh Omar pula beliau juga berperanan seperti bosnya mahu membantu pengusaha burung walit RM108 juta. Skim Pinjaman Mikro RM68 juta.

Bagi Rais Yatim pula beliau menjanjikan 11 kampung di Kerdau untuk wifi daripada 300 buah kampung di negeri Pahang.

No comments: