Saturday, March 19, 2011

Dun Sarawak bila bubar ?

Semua pihak tertunggu-tunggu dengan penuh debaran bilakah Dun Sarawak akan dibubarkan. Khas bagi orang yang minat dan celik politik serta tahu kepentingannya. Walaupun politik bukan segala, tetapi segala-gala adalah mesti politik juga.

Kita dan semua orang tahu Sarawak adalah deposit chek kepada kerajaan Bn.Bererti kemenangan besar Bn di Sarawak bakal mencerahkan harapan Najib duduk kekal di Putrajaya bukan Petrajaya.

Bn akan berusaha sedaya upaya, melalui cawangannya yang ampuh SPR akan mempergunakan apa cara sekalipun supaya Bn kekal dan dikekalkan. Desakan tempoh kempen daripada 7hari kepada 3 minggu oleh PR disangkal mentah-mentah hanya melalui media sahaja.

Walhal SPR lari daripada tugas asal sebagai badan bebas bagi mengendali kerja-kerja pilihanraya, bukannya menjalankan kerja-kerja 'hantu raya', kerana tabiat hantu raya dia tidak akan cukup dan tidak puias dengan apa yang ada dan memang kerjanya pun mengharuk manusia dan rakan sewaktu dengannya.







Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari.

Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian akan jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen.

Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan penamaan calon.

Bagaimanapun, dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Dalam pilihan raya pada Mei 2006m BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk PKR dan bebas.

No comments: