Thursday, January 27, 2011

Tenang: Cikgu Mala akan tawan ?

Banjir kembali melanda daerah Segamat, waktunya saat para pengundi di Tenang Labis mahu membuang undi pada keesokkannya. PRK Tenang adalah prk kali yang ke 14 adalah rekod tertinggi selepas mana-mana sesi pentadbiran Umno, sehinggakan datang kegelabahan umno Bn kali ini menetapkan dan mahu meletakkan syarat 'sijil perakuan kesihatan bakal calon' sebagai salah satu ikhitiar untuk 'tidak mati wakil rakyat sesebuah tempat atau Dun mahupun parlimen.

Umno Bn sebenarnya 'lupa' siapakah yang menentukan mati hidup, sihat bugar manusia di atas mauka bumi ini. Lihatlah nanti orang yang lebih sihat, lebih muda dan berjawatan kanan akan Allah ambil bila tiba tidak kiralah sama ada dia memegang jawatan apa.


PRK Tenang Labis Johor adalah yang pertama sejak PM Najib menjadi PM selepas menggantikan sesi pentadbiran Pak Lah. Cuma rakyat Pahang tertunggu-tunggu bilakah pula PRK di Pahang.

Di Labis PAS meletakkan calon muslimat Cikgu Normala Sudirman menentang calon Umno Bn Azhar Ibrahim daripada Umno. Kedua-dua adalah anak tempatan yang berkelulusan.

Jika rakyat mahu memilih perkhidmatan tentulah di Johor Umno Bn sebagai pilihana mereka. Itu adalah situasi dahulu sebelum terbentuk Pakatan Rakyat dan sebelum PAS bertapak di Johor. Kini situasi sudah jauh berubah. Dengan semua macam perubahan dunia, anak-anak muda Johor yang belajar menuntut di luar Johor apabila balik ke kampung membawa satu gerakan arus perdana mengempur pemikiran assabiyyah kedua ibubapa mereka dan masyrakat yang berkiblat kuat dengan dokongan doktrin Umnoisme di Johor.

Alhamdulilah kini situasi masyarakat Johor sudah mula berubah, tambahan perubahan 'ketara' bilamana UNIT AMAL Johor waktu banjir besar melanda Johor bberapa tahun lalu, bertungkus lumus memberi khidamat terbaik , dari segi kesukarelaan mereka , jauh baik daripada khidmat agensi penyelamat yang dibentuk dan ditubuhkan kerajaan.

Inilah salah satu mercu tanda kebangkitan PAS di Johor dengan khimdat waktu banjir yang cukup terkesan.

Penulis juga terasa lebaran khimdat Unit Amal Johor pabila mereka menyantuni banjir besar di negeri Pahang pada 2007 khas di daerah Temerloh. Pasukan Unit Amal Johor datang dengan pelbagai peralatan kelengakap selepas khidmat dan membantu masayarakat Temerloh yang terkena musibah banjir waktu itu. Mereka paparkan semangat 'juang' khimdat tiada tolok banding. Ia menjadi pengalaman cukup berharga kepada penulis dan rakan-rakan.

Maka kali ini banjir di Segamat lagi, kaedah dan cara sama Unit Amal akan menawan hati orang Segamat. Cikgu Mala akan tawan Tenang Insyalllah



Dua Daerah Di Johor Dilanda Banjir

JOHOR BARU: Hujan sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat dilanda banjir, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, Rabu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim berkata, sehingga lewat petang ini, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.

"Daripada 27 keluarga, dua keluarga adalah dari Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah Lama (15), Kampung Kangkar Chaah (enam) dan Kampung Orang Asli Selai (empat)," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Yusri berkata, seramai 124 mangsa di kawasan Air Panas, Labis turut dipindahkan ke Sekolah Agama Air Panas apabila rumah mereka dinaiki air.

Banjir di Kampung Orang Asli Selai menyebabkan kawasan itu sehingga kini terputus hubungan manakala bah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah dan Kampung Kangkar Chaah dilaporkan semakin surut, katanya. Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek dekat Paloh, dinaiki air.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya. - BERNAMA

No comments: