Dan hari ini 200 peniaga Bulu Kubu merungut kerana 'mereka sudah tiada pelanggan' kerana masalah kerja-kerja pengubahsuaian jalan dan laluan ke situ.
Jelas dua laporan yang dipaparkan adalah sebahagian resam hidup. Dan kerajaan memerintah dan para pagawai yang bertanggungjawab sila pantau. Samada laporan itu ya atau tidak. Jika tidak segerakan penafian, ramai pihak tertunggu.
Kita bimbang 'takut' ada makna belaka laporan ini. Kita masih sayangkan Tok Guru.
Peniaga Bazar Buluh Kubu mengeluh tiada pelanggan
KOTA BHARU - Lebih 200 peniaga yang menjalankan perniagaan di Kompleks Bazar Buluh Kubu di sini yang dulunya terkenal di kalangan pelancong mengeluh kerana ketiadaan pelanggan dan perniagaan mereka kini merosot teruk dan hampir gulung tikar.
Peniaga memberikan alasan penutupan jalan utama dan juga pengubahsuaian jalan yang kini dijadikan laluan sehala sejak lima tahun lalu selain faktor banyak pusat perniagaan baru yang tumbuh seperti cendawan sebagai sebab utama kemerosotan itu.
Lebih teruk adalah peniaga kedai makanan di tingkat tiga kompleks itu apabila kini hanya tinggal tiga peniaga sahaja yang membuka kedai makanan berbanding lebih 10 peniaga sebelum ini.
Ada antara peniaga itu mendakwa hasil pendapatan mereka kini merosot kira-kira 70 peratus sehari dan ada kalanya langsung tidak balik modal kerana ketiadaan pelanggan termasuk pada cuti umum dan cuti persekolahan.
Peniaga kedai makan, Abdul Aziz Omar, 69, berkata, penutupan jalan yang menutup laluan masuk ke tempat letak kereta kompleks itu yang kini dijadikan Laman Siti Khadijah oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) antara sebab kedai makan di kompleks itu menjadi lengang. - Bernama
No comments:
Post a Comment