Kesukaran orang Melayu islam mendekati DAP adalah semacam sukarnya PAS didekati oleh kaum bukan Melayu dan bukan islam.
Justeru di atas, kedekatan atau dekatnya DAP kini dilabelkan tidak sedar. Seandainya DAP tidak sedar akan dirinya maka DAP tidak akan bersepakat dengan pakatan sepakat bersama-sama parti lain.
Oleh itu, ramai yang cemburu kerana DAP dekat atau sudah sedar bahawa ia perlu dekati parti yang dapat menyedarkan dirinya dan perjuangannya.
DAP suatu hari akan sedar - Zaid
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) menyifatkan pakatan pembangkang hasil gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak akan ke mana sekiranya masih di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua parti itu, Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau juga yakin bahawa DAP pada suatu masa nanti akan sedar pakatan pembangkang tidak mempunyai hala tuju sekiranya masih diterajui oleh Anwar yang juga Penasihat PKR.
"DAP pun pada suatu masa nanti akan sedar pakatan pembangkang pimpinan Anwar tidak akan ke mana-mana," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang berkata, Zaid akan menempuh satu perjalanan yang sukar melalui partinya, KITA dalam mendapatkan sokongan rakyat setelah keluar dari pakatan pembangkang.
Karpal berkata, Zaid perlu menerima realiti politik di mana bukan mudah untuknya bergerak secara bersendirian bagi membina dan mendapatkan sokongan rakyat ke atas parti barunya itu.
KITA diperkenalkan secara rasmi pada 19 Januari lalu. KITA pada asalnya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) namun Muktamar Agung Tahunan AKIM pada 15 Disember lalu menyaksikan pertukaran nama itu serta melantik Zaid sebagai ketuanya.
Mengulas lanjut, Zaid berkata, beliau mengakui buat permulaan ini, KITA akan melalui perjalanan yang sukar terutama dalam mendapatkan sokongan rakyat.
"Tetapi saya yakin rakyat mahu memilih parti yang dapat mengemukakan cadangan yang membina serta menyediakan calon terbaik untuk berkhidmat kepada mereka. Bukannya sebuah parti yang hanya mahu berperang dan tiada hala tuju," tegasnya.
No comments:
Post a Comment