Lebih memalukan adalah orang Johor sendiri yang bermenteri dan mempunyai menteri sebegini dangkal dan bengkal serta benak. Kita minta Ahmad Maslan kembali ke Tadika Kemas semula bagi belajar semula sifir dengan menggunakan sempoa yang sedikit masa dahulu 'gila' diperkenalkan oleh menteri pelajaran waktu itu.
Inilah gamaknya bahana KBSR ramai yang mula 'salah' kira. Namun ketirisan wang negara oleh para penjawat seperti yang dilaporkan dalam BUKU JINGGA edaran Pakatan Rakyat sejumlah RM28 billion setahun TIRIS. Angka ini cukup menakutkan dan mengecutkan hati kita. Kes ini yang dilakukan oleh manusia di negara ini, jika kita tunggu lama lama bangkrutlah agaknya atas sikit kepada bangkrap.
Menteri yang jaga hal ehwal FELDA ini kena ke sekolah semula. Hujahan dangkal jangan menipu rakyat jumlah peneroka dengan tanah Felda Plantation. Anak peneroka yang berada di Felda Plantation adalah buruh ladang Felda, jumlah peneroka 1.6 juta adalah keseluruhan dalam felda.
Jika mahu menipu berpijaklah dibumi nyata. Tipulah cara orang pandai orang pandai. Janganlah nampakkan kebodohan yang amat ketara sebagai anggota kabinet najib.
Bankrap jika serah tanah
|
|
LABIS 26 Jan. - Felda akan bankrap jika tanah Felda Plantation Sdn. Bhd., diserahkan kepada anak-anak peneroka, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata, ini kerana Felda Plantation memberi sumbangan besar kepada keuntungan dan menyalurkan dana untuk pembangunan di kawasan Felda di seluruh negara.
"Baru-baru ini Perdana Menteri umumkan RM1.6 bilion untuk membangunkan lagi kawasan Felda di seluruh negara. Semua dana itu bukan wang daripada kerajaan dan sumber itu daripada Felda Plantation.
"Dengan RM1.6 bilion inilah kita bayar gaji, dana tuisyen percuma, bayar bonus, tingkat prasarana, beri kemahiran, bantuan khairat kematian termasuk pinjaman perumahan kepada warga Felda. Kalau Felda Plantation diserahkan kepada anak peneroka, semua itu sudah tidak ada lagi dan Felda akan bankrap," katanya di sini hari ini.
Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, jika diserahkan seperti dijanjikan pembangkang dalam Pelan 100 Hari mereka, kira-kira 63,000 pekerja Felda dan pekerja ladang terpaksa berhenti kerja.
"Mereka ini akan diberhentikan kerja kerana tak ada duit hendak bayar gaji. Jadi, Pelan 100 Hari pembangkang ini adalah khayalan dan cuma janji untuk politik," tegasnya.
Menurut beliau, tanah Felda Plantation di seluruh negara seluas 330,000 hektar termasuk 87,000 hektar adalah di Sabah.
"Kalau kita bahagikan 330,000 hektar kepada kira-kira 1.6 juta peneroka, setiap orang hanya dapat satu ekar (0.4 hektar).
"Kalau kita nak bahagikan juga seluruh tanah Felda Plantation termasuk di Sabah kepada orang Semenanjung, tentu orang Sabah marah," katanya.
Ahmad menjelaskan, semua pihak kena memahami bahawa penubuhan Felda untuk membasmi kemiskinan dengan memberi empat hektar (10 ekar) tanah kebun dan sebidang tanah (suku ekar) untuk rumah.
Menurutnya, sejak ditubuhkan lebih 50 tahun lalu, Felda berjaya mencapai misi untuk membasmi kemiskinan tegar.
Dalam pada itu beliau turut mengedarkan buletin Pembaharuan Felda yang telah dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sejak diberi tugas menjaga hal ehwal Felda beberapa tahun lalu.
"Buletin ini mempunyai penjelasan kepada semua yang dilakukan Perdana Menteri untuk memaju dan meningkatkan lagi pembangunan di Felda seluruh negara," katanya.
No comments:
Post a Comment