Wednesday, January 19, 2011

Pilih calon disukai rakyat bukan individu popular dalam parti

Berfikir secara realistik dan berpemikiran strategik, adalah dua kaedah utama dalam visi sesebuah parti merelaisasikan impian, jika mereka memilih kaedah piliharaya sebagai wadah. Dengan keutamaan utama adalah parti didahulukan , bukan pencapaian hajat individu diutamakan.

Pilih calon disukai rakyat bukan individu popular dalam parti


SELAMA ini pemilihan dalam parti politik menjadi sengit kerana mereka yang duduk di atas selalunya mempunyai keistimewaan tertentu. Amalan yang lazim digunakan sebelum ini bermakna sesiapa juga yang memegang jawatan ketua bahagian, naib ketua dan anggota jawatankuasa bahagian akan mendapat peluang dipilih menjadi calon dan akhirnya, Ahli Yang Berhormat atau YB.


Amalan ini juga menyebabkan ramai di kalangan pemimpin atasan pada peringkat bahagian enggan melepaskan jawatan mereka walaupun sudah lama ‘berada di atas’. Keadaan ini turut menjadi punca kepada gejala ‘cantas-mencantas’ dalam parti tertentu, seperti diperkatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.entadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menentukan jawatan dalam parti tidak semestinya memberi jaminan bagi mereka untuk menjadi calon dalam pilihan raya. Dalam menghadapi cabaran politik masa kini, apa yang penting keupayaan orang yang dipilih menjadi calon itu untuk menang dalam pilihan raya.
“Apa gunanya pilih calon yang dikehendaki parti, jika calon itu tidak disukai pengundi. Saya tidak peduli orang itu tua atau muda. Jangan beri saya nama kerana pertimbangan parti. Saya tidak mahu orang itu dicalonkan kerana dia orang penting dalam parti.

“Ini prinsip penting kerana kita mahu calon boleh menang supaya kita dapat membentuk kerajaan.

“Calon mestilah terdiri daripada mereka yang diterima pengundi di mana dia bertanding,” tegas Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), ketika berucap konvensyen khas Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Kuching Ahad lalu.

Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian, berkata langkah diumumkan Najib mungkin sesuatu yang terbaik dalam usaha mencari calon yang boleh menang dalam pilihan raya, berbanding pemimpin parti yang popular dalam parti.
Namun, beliau mempersoalkan apakah pemimpin parti komponen bersedia berkompromi dalam isu pemilihan calon yang boleh menyebabkan mereka kehilangan kuasa veto yang dinikmati selama ini berpindah ke tangan Pengerusi BN?

“Mungkin Najib akan mencari pendekatan terbaik supaya p emimpin parti menerima hakikat bahawa PRU 13 bukan saja mengenai masa depan BN tetapi juga bagi menjamin agar parti mereka terus diterima rakyat umum,” kata beliau yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM).Cadangan terbaru penentuan calon pilihan raya itu bagaimanapun tidak begitu mengongkong sehingga menafikan pemimpin berjawatan tinggi dalam parti dihalang daripada bertanding. Sekiranya ada pemimpin yang layak dan disukai masyarakat sekeliling, tiada alasan beliau tidak dipilih, kecuali ada masalah lain.

Sesiapa pun boleh bertanding tetapi perlu mendapat sokongan semua pihak, pemimpin dan ahli parti pada peringkat akar umbi dan paling penting, mempunyai personaliti disukai penduduk di kawasan pilihan raya terbabit.

Semua pihak dalam parti harus mempunyai semangat menyokong sesiapa saja dipilih pemimpin untuk menjadi calon. Lazimnya dalam pilihan raya, masalah yang timbul apabila ada perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin parti pada peringkat cawangan atau bahagian selepas hari penamaan calon.

Perbuatan sabotaj dan tidak menyokong calon parti sendiri akan menyebabkan parti tewas di tangan calon lawan sebelum bermulanya pertandingan.

Calon juga kena pandai meyakinkan pengundi di kawasannya mengenai dasar tertentu dilaksanakan kerajaan, termasuk kenaikan harga barangan atau harga minyak yang tidak dapat dielakkan. Antara kriteria utama calon kesediaannya memberi khidmat kepada pengundi. Calon yang tidak menjenguk kawasan sudah tentunya tidak dikehendaki lagi rakyat apabila tiba masa mereka menggunakan ‘kuasa undi’ mereka.

Wakil rakyat yang sentiasa mengambil tahu mengenai kawasan diwakilinya, sudah pasti lebih mudah memenangi hati pengundi apabila tiba musim pilihan raya berikutnya.

Sarawak dijangka mengadakan pilihan raya umum negeri tahun ini kerana tempoh kerajaan kini akan tamat pada Julai depan.

Sebelum ini Najib pernah menyatakan bahawa hanya calon yang boleh menang akan diketengahkan dalam pilihan raya. Ia sebahagian daripada program transformasi politik yang dilaksanakannya selepas mengambil alih kepemimpinan negara dan parti.

Baru-baru ini beliau mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC bagi mendapatkan maklum balas wakil rakyat terbabit mengenai keadaan di kawasan masing-masing dan meminta mereka menunaikan segala janji kepada pengundi.

Calon BN diumumkan hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Siapa terpilih kali ini sudah pastinya calon memenuhi kriteria terbaru seperti disebut Najib kelmarin iaitu calon disukai di kawasannya, bukan dikehendaki parti kerana kedudukan atau jawatannya
.

No comments: